Utusan Borneo (Sarawak)

Masa depan Kane di Hotspur belum pasti

Tiga kelab di EPL dilaporkan berminat mendapatka­n penyerang itu yang kini masih bercuti

-

LONDON: Masa depan Harry Kane di Tottenham Hotspur akan diputuskan apabila beliau kembali menjalani latihan bersama kelab Liga Perdana Inggeris itu, menurut Nuno Espirito Sato semasa majlis pengenalan beliau sebagai pengurus baharu kelab pada Jumaat.

Kane ketika ini bercuti selepas England melangkah ke final Euro 2020 di mana mereka gagal menamatkan kemarau 55 tahun tanpa kejuaraan apabila tewas kepada Itali menerusi penentuan sepakan penalti.

Sumber memberitah­u penyiaran ESPN bahawa Manchester City bersedia membuat tawaran bernilai 100 juta pound untuk pemain berusia 27 tahun itu. Manchester United dan Chelsea juga dikatakan memantau situasi yang sama.

Pada awal bulan Julai,

Nuno berkata beliau mahu bercakap dengan Kane untuk menyelesai­kan masa depan kapten antarabang­sa England itu dan bercakap pada sidang media pertama beliau

sebagai

pengurus Spurs, beliau mengesahka­n: “Apabila beliau kembali (berlatih), ia adalah masa untuk berbincang.

“Harry adalah pemain kami. Tidak perlu bercakap tentang perkara lain. Itu jelas. Sekarang ialah masa untuk Harry berehat dan mengembali­kan tenaganya.

“Saya tidak mempunyai keraguan di fikiran saya. Apa yang saya harapkan ialah Harry kembali cergas sepenuhnya, untuk berehat dengan baik dan apabila beliau kembali ke kelab, beliau akan merasakan bahawa kami semua harus meningkatk­an diri untuk menjadi lebih bagus.

“Kami bercita-cita tinggi, kami adalah orang yang mahu melakukan yang lebih baik dan tiada keraguan bahawa Harry juga seperti itu.

“Harry adalah salah seorang pemain terbaik di dunia. Itu sahaja yang perlu saya katakan.”

Nuno dilantik sebagai pengurus baharu Spurs pada bulan Jun selepas satu usaha pencarian yang sukar ekoran pemecatan Jose Mourinho pada 19 April.

Bekas pengurus Wolverhamp­ton Wandereres itu menyuaraka­n keterujaan beliau bekerja untuk Spurs.

“Saya sudah di sini, ini adalah di mana saya mahu berada, saya berasa sangat gembira,” tambah beliau. “Apa yang kami mahukan ialah memastikan penyokong berasa bangga dan memastikan pasukan kami menyukai pemain dan membanggak­an penyokong, mewujudkan suasana yang bagus. Saya benar-benar positif penyokong akan menyukainy­a.” — AFP

Harry adalah pemain kami. Tidak perlu bercakap tentang perkara lain. Itu jelas. Sekarang ialah masa untuk Harry berehat

” dan mengembali­kan tenaganya.

Nuno Espirito Sato

Jurulatih Tottenham Hotspur

 ?? — Gambar AFP ?? PELAPIS ENGLAND: Gambar menunjukka­n lukisan mural di sebuah dinding memaparkan jurulatih England, Gareth Southgate, penyerang Harry Kane dan Raheem Sterling di Vinegar Yard di London.
— Gambar AFP PELAPIS ENGLAND: Gambar menunjukka­n lukisan mural di sebuah dinding memaparkan jurulatih England, Gareth Southgate, penyerang Harry Kane dan Raheem Sterling di Vinegar Yard di London.
 ??  ?? NUNO
NUNO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia