Utusan Borneo (Sarawak)

Manchester Utd hampir pasti tambat Varane dan Trippier

-

MANCHESTER: Manchester United dilaporkan menghampir­i dua pembelian hebat untuk memperkuat­kan lagi benteng pertahanan mereka dengan mendapatka­n Raphael Varane dan Kieran Trippier.

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer, mengenali pasti benteng pertahanan sebagai bahagian paling lemah dalam skuadnya tetapi mungkin akhirnya menemui gandingan sesuai untuk Harry Maguire di posisi pertahanan tengah, iaitu Varane, pemain pertahanan tengah kelab Real Madrid.

Trippier juga dijangka akan tiba dari Atletico Madrid, dengan akhbar The Sun melaporkan United perlu membayar sekitar 68 juta pound untuk kedua-dua pemain ini.

Varane dijangka akan bernilai 50 juta pound kerana beliau memasuki tahun terakhir kontraknya di Real, yang sememangny­a tidak mahu kehilangan pemain itu tanpa yuran perpindaha­n musim hadapan selepas Sergio Ramos meninggalk­an kelab tanpa yuran perpindaha­n selepas tamat kontraknya.

Akhbar The Express mendakwa terma peribadi di antara United dan Varane “sudah dipersetuj­ui,” menyebabka­n United berharap mereka boleh melengkapk­an satu perpindaha­n menjelang akhir minggu.

Ia pastinya satu perpindaha­n yang sekian lama diharapkan oleh United selepas bekas pengurus, Sir Alex Ferguson, pernah cuba mendapatka­n Varane 10 tahun yang lalu tetapi Real berjaya mengatasi beliau dan United juga pernah membuat satu lagi bidaan pada 2018.

Trippier juga berminat untuk berpindah ke Old Trafford selepas dua tahun berjaya di Atletico, di mana pada musim lalu, beliau memenangi kejuaraan La Liga Sepanyol.

Bekas pemain Tottenham itu juga mendesak untuk kembali ke Liga Perdana dan beliau akan memberikan Solskjaer banyak pilihan kerana kemampuann­ya bermain di posisi pertahanan dan sayap kiri.

Kehadiran Trippier akan membangkit­kan keraguan tentang masa depan Aaron Wan-Bissaka, yang kelihatan kurang berkesan ketika bertahan.

Jika perpindaha­n itu termeterai, perbelanja­an perpindaha­n United pada musim panas ini akan melebihi 140 juta pound sementara menunggu kehadiran Jadon Sancho ketika mereka cuba membina dari kedudukan muncul naib juara liga musim lepas dan memulakan kempen mencabar kejuaraan pada musim hadapan.

Sancho dijangka akan disahkan sebagai pemain United dalam beberapa hari lagi selepas bersetuju dengan kontrak lima tahun dari Borussia Dortmund.

Dalam pada itu, Atletico Madrid sudah bersedia untuk bersaing mendapatka­n Jesse Lingard jika Manchester United membuat keputusan membenarka­n beliau pergi pada musim panas ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia