Utusan Borneo (Sarawak)

Arsenal, Brighton capai persetujua­n untuk perpindaha­n White

-

LONDON: Kelab Arsenal dan Brighton akhirnya mencapai satu persetujua­n untuk perpindaha­n pemain pertahanan, Ben White.

White adalah salah seorang pemain buruan utama Arsenal pada musim panas ini dan yuran sekitar 50 juta pound dipercayai dipersetuj­ui selepas berminggum­inggu rundingan.

Akhbar Telegraph melaporkan bulan lepas bahawa satu perjanjian hampir muktamad tetapi penglibata­n White dalam skuad England di Euro 2020 difahamkan memperlaha­nkan proses itu.

Pengurus Arsenal, Mike Arteta, berminat untuk memperkuat­kan benteng pertahanan­nya berikutan dengan pemergian David Luiz pada akhir musim lepas, dengan White dikenali pasti sebagai pemain yang boleh bermain di pelbagai posisi di bahagian pertahanan.

Prestasi White bersama Brighton membolehka­n beliau dipanggil ke dalam skuad England ke Euro 2020, walaupun beliau tidak langsung diturunkan pada kejohanan di mana England melangkah ke final sebelum tewas kepada Itali.

Dengan syarat tiada masalah dalam pemeriksaa­n perubatan, White dijangka akan menjadi pemain ketiga paling mahal dalam sejarah

Arsenal. Hanya penyerang Pierre-Emerick Aubameyang (57 juta) dan penyerang Nicolas Pepe (72), adalah pemain dengan yuran perpindaha­n lebih tinggi.

Perpindaha­n itu satu langkah besar buat White, yang menaiki hierarki liga dalam beberapa musim. Beliau menikmati tempoh pinjaman berjaya di Newport County dalam Liga Dua dan Peterborou­gh United dalam Liga Satu sebelum menyerlah bersama Leeds United pada musim 2019/2020.

Pembelian White adalah selepas Arsenal membenarka­n pemain pertahanan tengah, William Saliba, menyertai Marseille untuk kontrak pinjaman.

Saliba masih dianggap sebagai pemain untuk masa depan Arsenal sementara White dilihat pemain yang sudah berpengala­man di posisi pertahanan tengah.

White juga boleh bermain di posisi tengah dan di pertahanan kanan.

Arsenal sudah melengkapk­an pembelian pemain pertahanan kiri, Nuno Tavares dari Benfica untuk yuran sekitar 8 juta pound dan dijangka akan mengesahka­n kehadiran pemain tengah Anderlecht, Albert Sambi Lokonga, dengan yuran sekitar 15 juta pound dalam beberapa hari lagi. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia