Utusan Borneo (Sarawak)

Sukan Olimpik Tokyo penampilan sulung Zii Jia

-

KUALA LUMPUR: Pemain perseorang­an lelaki negara Lee Zii Jia, yang bakal membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik Tokyo 2020 minggu depan mampu mempamerka­n aksi cemerlang.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata pemain berusia 23 tahun itu jelas mampu menguruska­n tekanan dan kekal fokus untuk memberikan keputusan yang diharapkan.

“Zii Jia berdepan pelbagai masalah ketika menyertai Terbuka Thailand (awal tahun ini), beliau sedar betapa sukarnya perkara itu.

“Saya rasa dia mampu dan boleh atasi tekanan tersebut, dan sedar cabaran yang bakal dihadapiny­a. Selepas All-England, saya tahu dia bersedia dan telah merangka rancangan permainan untuk menghadapi Tokyo 2020,” kata Mohamd Norza dalam kenyataan di sini.

Selain itu, Mohamad Norza juga memuji semangat dan dedikasi yang ditunjukka­n oleh semua lapan pemain kebangsaan yang ditempatka­n di bawah syarat gelembung ketat di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara, yang sedang menjalani fasa terakhir latihan mereka menjelang pertarunga­n Olimpik.

Mohamad Norza berkata cabaran besar yang dihadapi pemain akibat pandemik COVID-19 global, telah menguatkan mereka untuk tidak berputus asa dalam usaha mereka untuk layak dan menyasarka­n pretasi peringkat tinggi di Sukan Olimpik.

“Kami melihat gabungan pemain muda dan senior adalah pelengkap dan bermanfaat kepada mereka semua. Mereka bukan lagi pemain profesiona­l atau BAM, tetapi adalah pasukan Malaysia, semua berlatih bersama di bawah satu bumbung.

“Saya amat berbangga dengan semangat dan keazaman yang ditunjukka­n. Saya yakin kesukaran yang mereka hadapi sebelum ini telah menguatkan mereka dan mereka kini telah bersedia untuk menghadapi Tokyo 2020,” katanya.

Terdahulu beliau melawat lapan pemain yang bakal beraksi di Tokyo, berada dalam fasa terakhir latihan mereka di ABM, yang diuruskan dengan teliti bagi memastikan semua prosedur dipatuhi dengan ketat bagi mengelakka­n sebarang kemungkina­n jangkitan COVID-19.

Mohamad Norza meluangkan masa kira-kira 30 minit meninjau latihan itu dan turut memberikan kata-kata semangat kepada pemain agar terus fokus di Tokyo yang bakal menyaksika­n pemain negara beraksi dari 24 Julai hingga 2 Ogos.

Selain Zii Jia, Malaysia akan diwakili Soniia Cheah dalam perseorang­an wanita, Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki), Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean (beregu wanita), dan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (beregu campuran). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELAPIS HARAPAN NEGARA: Gambar fail 5 April ini menunjukka­n Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bersama Lee Zii Jia (kiri) semasa mengadakan pertemuan dengan jaguh badminton perseorang­an lelaki negara yang menjuarai Kejohanan Seluruh England itu di Kementeria­n Belia dan Sukan.
— Gambar Bernama PELAPIS HARAPAN NEGARA: Gambar fail 5 April ini menunjukka­n Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bersama Lee Zii Jia (kiri) semasa mengadakan pertemuan dengan jaguh badminton perseorang­an lelaki negara yang menjuarai Kejohanan Seluruh England itu di Kementeria­n Belia dan Sukan.
 ?? — Gambar AFP ?? PERLU TINGKAT PRESTASI: Ricciardo semasa sesi sidang media menjelang F1 Grand Prix British di Litar Silverston­e, England.
— Gambar AFP PERLU TINGKAT PRESTASI: Ricciardo semasa sesi sidang media menjelang F1 Grand Prix British di Litar Silverston­e, England.
 ??  ?? ZII JIA
ZII JIA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia