Utusan Borneo (Sarawak)

Permainan 'Police Sentri' dilancar

-

KUALA LUMPUR: Syarikat e-sukan tanah air, Todak Studios melancarka­n permainan dalam talian, ‘Police Sentri’ bakal mengembali­kan kenangan kepada permainan zaman kanak-kanak.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Todak Studios, Ahmad Fadli Ahmad Dahlan lebih dikenali sebagai Neo Todak berkata, ‘Police Sentri’ diangkat daripada permainan tradisiona­l kanakkanak Malaysia era 80-an dan 90-an yang berkonsepk­an polis dan pencuri.

“Kita tahu generasi baru hari ini suka bermain dengan peranti dan kita tak nak permainan itu terus dilupakan sebab ‘Police Sentri’ ini agak unik, tetapi kalau nak ajar kanak-kanak sekarang pun tidak sesuai kerana situasi pandemik COVID-19, jadi kita bawa ke dalam talian.

“Permainan ini mudah kerana kita memang nak tarik minat-kanak-kanak dan kita nak masuk dalam mobile gaming,” katanya dalam majlis pelancaran menerusi lintas langsung di Facebookny­a, malam kelmarin.

Sementara itu Pengasas Todak Studios, Khairul Azlan Zainal Ariffin yang dikenali sebagai Lan Todak berkata permainan itu disiapkan oleh pasukannya dalam keadaan yang sangat mencabar, dengan semua pekerja perlu bekerja dari rumah dan menyiapkan­nya dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Beliau turut berharap permainan ini akan menjadi satu titik permulaan kepada pasukannya menghasilk­an lebih banyak permainan dalam talian pada masa akan datang.

Police Sentri, secara dasarnya dimainkan secara dalam talian dengan seramai 10 pemain dibahagika­n kepada dua pasukan iaitu untuk menjadi polis dan pencuri.

Sama seperti zaman kanak-kanak, pasukan polis perlu menangkap semua pencuri dan diletakkan ke dalam penjara manakala pencuri harus melarikan diri atau memegang beg berisi wang yang dicuri daripada polis sehingga waktu tamat untuk memenangi permainan.

Permainan itu boleh dimuat turun di https://todakstudi­os.itch.io/policesent­ri?download untuk komputer dan sudah sedia untuk dimuat turun di Apps Store. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia