Utusan Borneo (Sarawak)

Bot karam akibat ribut, 9 maut, puluhan lagi hilang di Indonesia

Ribut turut musnahkan rumah dan hampir 15,000 penduduk terjejas

-

PONTIANAK: Sekurangku­rangnya sembilan orang terkorban manakala berpuluh lagi masih hilang selepas beberapa bot karam akibat ribut yang melanda Indonesia di kepulauan Borneo, kata agensi penyelamat tempatan kelmarin.

Kemalangan tersebut terjadi awal Rabu di perairan Kalimantan Barat di mana ombak setinggi lima meter telah membedal berpuluhpu­luh kapal nelayan dan dua kapal penunda.

Ia pada awalnya dilaporkan oleh pasukan pencari dan penyelamat kelmarin.

Sembilan orang disahkan meninggal dunia sementara 46 lagi masih hilang, kata Yopi Haryadi, ketua agensi penyelamat Pontianak, menambah bahawa 81 mangsa berjaya diselamatk­an.

Ribut telah melanda berhampira­n 50 perkampung­an di darat, memusnahka­n rumah dan bangunan lain dengan hampir 15,000 penduduk terjejas.

“Sebanyak 14 bot tersebut cuba untuk mengelak dari ribut namun ia terlalu kuat dan mereka terbalik. Ribut juga membinasak­an ibu kota Kalimantan Barat di mana kawasan perkampung­an dilanda banjir. Namun setakat ini tiada kematian mahupun orang hilang di darat,” kata Haryadi.

Agensi pencari dan penyelamat tempatan telah mengerahka­n helikopter untuk membantu mencari mangsa terselamat, tetapi operasi telah dihalang oleh cuaca buruk.

“Harap-harap cuaca hari ini akan bertambah baik agar kami dapat mencari mangsa yang lain,” kata Eryk Subarianto, ketua operasi kecemasan di agensi penyelamat Pontianak.

Kemalangan marin sering berlaku di Indonesia, kepulauan Asia Tenggara dengan 17,000 pulau di mana banyak feri dan bot digunakan sebagai pengangkut­an walaupun standard keselamata­n rendah.

Bulan lalu, sebuah feri penumpang karam di perairan pulau pelanconga­n Bali akibat laut bergelora, menyebabka­n 10 orang maut manakala yang lain masih hilang.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? MISI MENYELAMAT: Anggota penyelamat membuat persiapan untuk berlepas di Pontianak kelmarin ketika menyertai misi mencari mangsa yang terselamat selepas beberapa bot karam akibat ribut yang melanda pada awal Rabu di perairan Kalimantan Barat.
— Gambar AFP MISI MENYELAMAT: Anggota penyelamat membuat persiapan untuk berlepas di Pontianak kelmarin ketika menyertai misi mencari mangsa yang terselamat selepas beberapa bot karam akibat ribut yang melanda pada awal Rabu di perairan Kalimantan Barat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia