Utusan Borneo (Sarawak)

Vaksinasi Penan hulu Limbang diperhebat

Program ‘outreach’ dianjurkan dari 25 hingga 29 Julai, hanya 18 daripada 387 setuju divaksin setakat ini

- Oleh Mastura Ismail

“Justeru,

kita akan melaksana lebih banyak program penerangan mengenai kesedaran dan kepentinga­n vaksin dalam kalangan kaum Penan di hulu Limbang.

LIMBANG: Menyedari hanya 18 orang kaum Penan di kawasan hulu Limbang bersetuju untuk divaksin setakat ini, program dan kesedaran pemvaksina­n di kawasan itu akan diperhebat­kan melalui program ‘outreach’ dari 25 hingga 29 Julai ini.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, terdapat 387 orang kaum Penan di kawasan hulu Limbang.

“Kita agak risau pemvaksina­n bagi kaum Penan kerana tidak ramai yang bersetuju untuk divaksin.

“Justeru, kita akan melaksana lebih banyak program penerangan mengenai kesedaran dan kepentinga­n vaksin dalam kalangan kaum Penan di hulu Limbang,” katanya pada sidang media selepas Mesyurat Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Daerah Limbang di Bilik Mesyuarat Batu Lawi, Pejabat Residen Bahagian Limbang semalam.

Turut hadir ialah ADUN

Datuk Dr Abdul Rahman Ismail

Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Residen Bahagian Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Pegawai Kesihatan Bahagian Dr Norliza Jusoh dan Pengarah Hospital Limbang Dr Mohd Faez Ibrahim.

ADUN Bukit Kota itu menjelaska­n program ‘outreach’ tersebut bertujuan untuk menguar-uarkan kebaikan program imunisasi kepada kaum Penan.

“Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) akan dijemput untuk program itu kerana masih ramai penduduk Penan yang belum mendapatka­n kad pengenalan sekali gus menggalak mereka mendapatka­n suntikan vaksin jenis Sinovac dos pertama,” katanya.

Pada program sama katanya, beberapa pegawai dari Unit Perancang Negeri yang berbangsa Penan turut dijemput untuk berkomunik­asi dan memberi penerangan pada program yang disertai 13 agensi kerajaan.

Dr Abdul Rahman berkata lagi, program pemvaksina­n di Bahagian Limbang berjalan

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Sarawak

lancar dan mengikut jadual ditetapkan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan menyasarka­n untuk mencapai 77 peratus penduduk divaksin di bahagian ini sebelum 13 Ogos ini.

“Setakat 16 Julai, sejumlah 52.4 peratus orang di Bahagian Limbang menerima dos kedua membabitka­n 38,714 penduduk.

“Dari jumlah itu ia melibatkan 18,431 penduduk di Daerah Limbang (45.2 peratus) dan 20,283 penduduk di Daerah Lawas (61.2 peratus),” jelasnya.

Kata beliau lagi, Limbang juga mengambil pendekatan memperkena­lkan prosedur operasi standard (SOP) tambahan dengan melakukan

ujian calitan secara rawak kepada pengunjung yang memasuki daerah ini terutama melalui kapal terbang.

Selain itu katanya, Sarawak juga mengekalka­n larangan merentas daerah bagi mengelak penularan COVID-19 khususnya varian Delta yang kini ada di Sarawak.

“Di Limbang kita ada SOP tambahan dengan melakukan ujian calitan secara rawak kepada mereka yang memasuki Limbang melalui kapal terbang.

“Kaedah ini dapat membantu dan jika dilihat kepada kes-kes yang berlaku di Limbang, cara pengawalan kita agak baik, dan kita akan teruskan pendekatan sedemikian,” ujarnya.

 ??  ??
 ??  ?? USAHA DIPERHEBAT: Dr Abdul Rahman (tiga kiri) pada mesyuarat bersama Paulus (kiri), Dr Faez, Dr Norliza dan Denney semalam.
USAHA DIPERHEBAT: Dr Abdul Rahman (tiga kiri) pada mesyuarat bersama Paulus (kiri), Dr Faez, Dr Norliza dan Denney semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia