Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: 388 KES BAHARU, TIADA KEMATIAN SEMALAM

-

KUCHING: Sarawak mencatatka­n 388 kes baharu COVID-19 dengan daerah Kuching merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 194 kes semalam.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata, kes turut dikesan di Serian (44), Sibu (28), Samarahan (21), Bau (17), Lundu (15), Sarikei (11) dan Miri (10).

Lain-lain kes dikesan di Beluru (8), Subis (7), Bintulu (5), Meradong (5), Tatau (5), Asajaya (4), Kapit (2), Lubok Antu (2), Mukah (2), Telang Usan (2), Belaga (1), Betong (1), Lawas (1), Selangau (1), Simunjan (1) dan Song (1), menjadikan jumlah keseluruha­n kes kini 71,039 orang.

“Daripada 388 kes baharu hari ini (semalam), 271 kes melibatkan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 dan 57 kes libatkan individu dalam kluster aktif sedia ada.

“Manakala 21 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan, 31 kes lain-lain saringan di fasiliti kesihatan dan lapan kes melibatkan saringan individu balik atau pulang dari negeri- negeri lain dalam Malaysia (Import B) iaitu Selangor (3), Perak (1), Johor (1), Kedah (1), Pahang (1) dan Sabah (1),” katanya.

JPBNS turut memaklumka­n tiada kes kematian baharu dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruha­n kes kematian di Sarawak kekal 443 orang.

“Hari ini (semalam) juga, terdapat 407 kes baharu yang telah pulih dan dibenar discaj menjadikan jumlah yang telah pulih dan dibenar discaj kini seramai 65,370 orang.

“Manakala jumlah kes masih aktif dan dirawat di dalam wad hospital dan di PKRC adalah seramai 5,061 orang,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia