Utusan Borneo (Sarawak)

LAGI PUSAT JUDI ‘ONLINE’ DISERBU

Polis Kuching lumpuhkan lapan sindiket jenayah tersebut dalam tempoh sebulan ini: Ahsmon

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Dua lagi pusat operasi judi dalam talian diserbu kelmarin menjadikan keseluruha­nnya lapan sindiket jenayah tersebut dilumpuhka­n dalam tempoh sebulan di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, dua premis terbaharu yang diserbu terletak di sebuah kondominiu­m mewah di Jalan Lapangan Terbang Kuching menerusi Ops Dadu Khas.

Menurutnya, seramai 11 individu termasuk lima warga asing disyaki operator premis tersebut ditangkap untuk siasatan lanjut.

“Serbuan pertama berjaya menangkap enam wanita warga tempatan berusia lingkungan 19 hingga 25 tahun yang bekerja sebagai operator premis tersebut sejak tujuh bulan lalu.

“Mereka dibayar gaji RM1,500 hingga RM1,800 sebulan dan beberapa suspek yang ditahan didapati mempunyai pendidikan tahap diploma,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching semalam.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superinten­den Merbin Lisa dan Ketua Bahagian

Siasatan Jenayah Kuching DSP Mohd Hafizi Ishak.

Ahsmon berkata, sejak beroperasi premis perjudian tersebut meraih keuntungan mencecah RM1.68 juta.

“Ini bererti dalam sehari mereka mendapat keuntungan sehingga RM8,000,” katanya.

Manakala, serbuan kedua juga di kondominiu­m sama namun berbeza lokasi telah menahan lima warga asing iaitu tiga lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 22 hingga 36 tahun.

“Siasatan awal mendapati premis tersebut telah beroperasi sejak tiga bulan lalu dan mengaut keuntungan RM540,000 dalam tempoh tersebut,” katanya.

Dedah Ashmon, kedua-dua premis kediaman tersebut disewa RM1,700 sebulan.

Dalam kedua-dua serbuan katanya, polis turut merampas pelbagai peralatan yang digunakan dalam kegiatan perjudian tersebut, antaranya komputer, telefon bimbit, modem dan ‘router.’

Ahsmon memberitah­u, pihaknya telah mengenal pasti penganjur atau tauke kedua-dua premis perjudian itu.

“Penganjur-penganjur telah kita kesan dan menunggu masa untuk ditangkap,” katanya.

Kesemua suspek dan barang rampasan telah dibawa ke IPD Kuching untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi

Terbuka 1953.

Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 serta penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Manakala warga asing yang ditangkap juga akan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen.

“Ops Dadu Khas akan diteruskan dan diperhebat­kan lagi bagi membantera­s perjudian haram yang merugikan ekonomi dalam aspek lesen dan cukai,” ujar Ahsmon.

Sebelum ini, IPD Kuching telah membuat enam serbuan yang mana terdapat sebuah premis dikatakan mengaut keuntungan lebih RM8 juta sejak mula beroperasi.

Susulan itu, empat individu dipercayai tauke sindiket terbabit berjaya ditangkap.

 ??  ?? TAHNIAH: Ahsmon bersama pegawainya menunjukka­n gambar dan barang kes hasil daripada dua serbuan tersebut. TUMPAS: Anggota polis melakukan pemeriksaa­n
di salah satu premis yang diserbu.
TAHNIAH: Ahsmon bersama pegawainya menunjukka­n gambar dan barang kes hasil daripada dua serbuan tersebut. TUMPAS: Anggota polis melakukan pemeriksaa­n di salah satu premis yang diserbu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia