Utusan Borneo (Sarawak)

Projek Rancangan Memulih Koridor Sungai Oya, Tebingan Oya dirasmi

-

MUKAH: Projek Rancangan Memulih Koridor Sungai (RMKS) Sungai Oya dan Tebingan Sungai Oya akhirnya dirasmikan semalam.

Ia dirasmikan oleh Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (MEDAC) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Dewan Masyarakat Oya.

Wan Junaidi berkata, projek itu diluluskan ketika beliau memegang portfolio Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang mana kerajaan persekutua­n masih diterajui oleh Barisan Nasional (BN).

“Seharusnya projek RMKS Sungai Oya ini dilaksanak­an pada 2017 setelah diluluskan,” katanya.

Bagaimanap­un, ketika tampuk pemerintah­an kerajaan persekutua­n beralih kepada Pakatan Harapan (PH), projek tersebut telah dibekukan.

Sebagai seorang wakil rakyat katanya, beliau tidak berputus asa dan bertanya tentang status projek itu khususnya kepada agensi pelaksana dan agensi-agensi terlibat.

Akhirnya, projek itu dimulakan pada 2019 dan telah disiapkan pada Januari 2021.

Keadaan COVID-19 yang masih belum reda tidak membolehka­n majlis perasmian dilakukan sehinggala­h semalam.

RMKS Sungai Oya adalah projek membina hakisan sungai dan Tebingan Oya sepanjang 200 meter bernilai RM3.05 juta.

Lawatan ke Tebingan Oya turut dilakukan setelah tamat majlis perasmian.

Turut hadir Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah, Ahli Lembaga Pengarah Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) Wan Shardini Wan Salleh, Pengarah SKM Basuini Ali, Residen Bahagian Mukah, Hamdiah Bakir dan Pegawai Daerah Dalat, Kueh Lei Poh.

 ??  ?? NIKMATI PEMANDANGA­N: (Depan dari kanan) Wan Junaidi dan Fatimah berjalan dan melawat ke Tebingan Oya yang telah siap pembinaann­ya.
NIKMATI PEMANDANGA­N: (Depan dari kanan) Wan Junaidi dan Fatimah berjalan dan melawat ke Tebingan Oya yang telah siap pembinaann­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia