Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa kebakaran terharu dapat rumah baharu di bawah Program Rumah Sejahtera Pantai Damai

-

KUCHING: Mangsa kebakaran di Kampung Rampangi Fasa 1 di sini begitu terharu apabila menerima bantuan rumah baharu di bawah Program Rumah Sejahtera Pantai Damai.

Haminah Kuchit berkata, meskipun masih bersedih akibat kehilangan tempat tinggal pada Oktober tahun lalu, namun bantuan yang diberikan dapat meringanka­n beban keluargany­a.

“Syukur dan terima kasih kepada kerajaan Sarawak dan Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi kerana membantu menyediaka­n rumah yang selesa untuk kami sekeluarga.

“Bantuan yang diberikan bukan sahaja dapat mengurangk­an beban mereka bah kan menceriaka­n lagi suasana ketika sambutan Hari Raya Aidiladha nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima replika kunci Rumah Sejahtera Pantai Damai daripada Dr Abdul Rahman di Kampung

Rampangi Fasa 1 di sini, kelmarin.

Terdahulu, Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Bekalan Air berkata, Program Rumah Sejahtera Pantai Damai diperkenal­kan sejak penghujung 2019.

Setakat ini katanya, sebanyak lima rumah telah dibina iaitu dua di Kampung Rampangi Fasa 1 dan sebuah masing-masing di Kampung Temedak, Kampung Jaya

Bakti dan Kampung Buntal.

“Program ini merupakan projek khas kita dalam membantu masyarakat membina rumah.

“Ia adalah hasil kerjasama pemimpin masyarakat yang membantu menyalurka­n maklumat mengenai masyarakat yang memerlukan rumah,” katanya.

Mengenai rumah baharu Haminah, beliau berkata, ia dibina dengan kos RM57,000 serta dilengkapi tiga bilik tidur, bilik air, bilik mandi, ruang dapur, ruang tamu, bekalan elektrik dan bekalan air.

“Ia mula dibina pada awal April lepas dan siap sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan,” jelas beliau.

Turut hadir Penghulu Borhan Piee, Ketua Kampung (KK) Kampung Rampangi Fasa 1 Julaihi Piee dan Ketua PBB Ranting Kampung Rampangi Fasa 1 Merdehi Mas.

 ??  ?? SYUKUR: Dr Abdul Rahman menyerahka­n replika kunci sebagai simbolik penyerahan rumah kepada Haminah yang dibina di bawah Program Rumah Sejahtera Pantai Damai.
SYUKUR: Dr Abdul Rahman menyerahka­n replika kunci sebagai simbolik penyerahan rumah kepada Haminah yang dibina di bawah Program Rumah Sejahtera Pantai Damai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia