Utusan Borneo (Sarawak)

Positif COVID-19, Lea Seydoux tarik diri dari Cannes

-

BINTANG Perancis Lea Seydoux terpaksa menarik diri daripada festival filem Cannes pada Rabu setelah mendapat virus tersebut sungguhpun telah divaksin sepenuhnya.

Pelakon dengan tiga filem bertanding untuk anugerah utama Palme d’Or, telah pun terlepas tayangan perdana filem arahan Wes Anderson berjudul ‘The French Dispatch’.

Seydoux memainkan watak pegawai penjara dan model untuk seorang artis yang gilakan jenayah (Benicio del Toro) dalam hasil karya Anderson yang dikagumi oleh pengkritik.

Bintang Bond tersebut telah disahkan positif minggu lalu namun tidak bersimptom.

Beliau telah menjalani ujian PCR setiap hari dengan harapan dapat tampil ke tayangan salah satu daripada empat filem yang dilakonkan­nya dalam perhimpuna­n filem terbesar dunia itu.

“Malangnya, saya perlu menjalani kuarantin di Paris dan tidak dapat menyertai tahun ini,” katanya kepada Variety.

Beliau juga sepatutnya berada di karpet merah untuk tayangan filem ‘The Story of My Wife’ arahan Ildiko Enyedi dan filem ‘Deception’ (Arnaud Desplechin), yang keduaduany­a bertanding dalam kategori utama.

Seydoux, yang telah berkongsi Palme d’Or pada 2013 untuk persembaha­n beraninya dalam ‘Blue is the Warmest Colour’, juga turut meminjamka­n kuasa bintangnya pada tayangan perdana filem Bruno Dumont ‘France’, di mana dia berlakon sebagai seorang pembaca berita yang ingin melarikan diri dari dunia glamor.

Beribu peserta industri itu yang tiba dari luar Kesatuan Eropah termasuk yang telah divaksin sepenuhnya telah diuji setiap hari sebelum dibenarkan ke Palais des Festival, di mana kebanyakan tayangan perdana diadakan.

Dengan 3,000 ujian harian dijalankan setiap hari, penganjur festival menyatakan hanya sedikit sahaja telah didapati positif. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia