Utusan Borneo (Sarawak)

BANJIR DI PEKAN LONG LAMA SURUT

-

MIRI: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Darussalam, Long Lama dekat sini ditutup secara rasmi oleh Pejabat Daerah Telang Usan tepat jam 10 pagi semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Miri Kapten (PA) Usman Harto berkata, penutupan PPS ini dibuat setelah banjir didapati mulai surut dan terkawal di kawasan pekan Long Lama.

“PPS ini mula dibuka jam 9 pagi pada Jumaat lalu bagi menempatka­n mangsa seramai 26 orang daripada empat ketua isi rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir di sekitar pekan Long Lama.

“Mangsa pergi sendiri ke masjid tersebut atas faktor keselamata­n kerana kediaman mereka berdekatan dengan sungai,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Sementara itu mengenai perkembang­an banjir di daerah Telang Usan semalam Usman berkata, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Baram melaporkan terdapat kawasan sekolah yang masih terjejas banjir.

“Keadaan sekolah pada masa ini terkawal kerana sekolah beroperasi dalam tempoh PdPR (Pengajaran dan Pembelajar­an di Rumah), keadaan cuaca masih mendung.

“Sekolah terjejas ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Long Bemang, SK Long Wat, SK Long

Atip, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Lama, SK Long Laput dan SK Long Ikang,” ujarnya.

Selain itu, Usman berkata Bilik Gerakan Bencana APM Miri turut menerima laporan terdapat satu kawasan di daerah Telang Usan iaitu di Kampung Long Bemang yang terjejas banjir.

“Keadaan air menaik dengan ketinggian paras 2.9 kaki.

“Enam ratus penduduk kampung sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi banjir.” jelasnya.

 ??  ?? TERJEJAS: Keadaan banjir di SK Long Ikang semalam.
TERJEJAS: Keadaan banjir di SK Long Ikang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia