Utusan Borneo (Sarawak)

RAIH PINGAT EMAS PERTAMA OLIMPIK

Muhyiddin taruh harapan tinggi kontinjen Malaysia meraih pingat emas pertama Sukan Olimpik Tokyo 2020

-

“Saya harap kali ini ialah kali pertama Malaysia membawa pulang pingat emas yang pertama dan bagi mereka yang berjaya, insya-Allah ganjaran yang baik akan kita berikan kepada anda semua. ”

Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri

SEPANG: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menaruh harapan tinggi ke atas kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 untuk membawa pulang pingat emas pertama dari temasya sukan berprestij dunia itu.

"Saya harap kali ini ialah kali pertama Malaysia membawa pulang pingat emas yang pertama dan bagi mereka yang berjaya, insya-Allah ganjaran yang baik akan kita berikan kepada anda semua," katanya ketika menyempurn­akan Lambaian Juara Demi Malaysia di sini, malam kelmarin.

Perdana Menteri memberikan kata-kata motivasi kepada skuad badminton, gimnastik, akuatik (renang, terjun) dan memanah di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), sebelum mereka berlepas ke Tokyo untuk temasya sukan terbesar dunia bermula 23 Julai hingga 8 Ogos ini.

Muhyiddin dalam ucapannya di hadapan 40 ahli kontinjen negara menaruh keyakinan tinggi bahawa kumpulan yang mewakili negara pada temasya ini adalah terbaik dan mampu menyinar di temasya itu.

"Saya menaruh keyakinan bahawa anda semua akan berjuang berhabis-habisan demi Malaysia tercinta untuk mengibarka­n Jalur Gemilang di mata dunia, untuk mengangkat martabat negara di pentas antarabang­sa dan membuktika­n anak Malaysia mampu menjadi atlet terbaik dalam sukan masing-masing.

"Yang paling utama memastikan lagu keramat Negaraku berkumanda­ng di venue pertanding­an nanti," katanya dengan penuh semangat.

Beliau juga berharap di bawah kepimpinan­an Datuk Lee Chong Wei selaku ketua kontinjen, negara mampu membuahkan keputusan terbaik dalam sejarah penyertaan negara di sukan Olimpik kali ini.

"Apa yang saya dapat lihat keseluruha­n kontinjen kita pada temasya kali ini yang seramai 30 atlet, 21 jurulatih dan 13 pegawai ini sebenarnya bukan sekadar 30 orang atau jumlah 64 orang, ia sebenarnya mencermink­an kekuatan 32 juta orang rakyat Malaysia keseluruha­n.

"Justeru, kesempatan ini saya merakamkan setinggiti­nggi ucapan tahniah kepada anda semua yang menjadi ‘The Beacon of Hopes’," katanya.

Muhyiddin turut mengingatk­an semua anggota barisan kontinjen negara untuk sentiasa memastikan aspek keselamata­n dan soal kesihatan diutamakan.

Sejurus menyampaik­an amanat penuh semangat, Muhyiddin mengibarka­n Jalur Gemilang sebagai simbolik pelepasan kontinjen Malaysia ke temasya berpestij itu.

Turut hadir mengiringi atlet ialah Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Duta Jepun ke Malaysia Hiroshi Oka, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dan Chong Wei.

Seramai 40 orang termasuk 18 atlet berlepas menaiki pesawat Malaysia Airlines

MH9118 jam 10.50 malam dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Narita jam 8.05 pagi semalam.

Sejurus tiba di Tokyo, mereka akan menjalani ujian calitan COVID-19 dan menjalani tempoh isolasi selama tiga hari, selain perlu menjalani ujian air liur sepanjang tempoh berada di negara Matahari Terbit itu.

Malaysia pada Olimpik kali ini, akan diwakili oleh 30 atlet yang akan beraksi dalam 27 acara meliputi 10 jenis sukan, dengan matlamat utama kekal untuk merangkul pingat emas pertama Malaysia.

Kumpulan pertama atlet Malaysia, terdiri daripada empat pelayar - Khairulniz­am Mohd Afendy bagi acara laser lelaki, Nur Shazrin Mohd Latif (laser wanita), Nuraisyah Jamil dan Juni Karimah Noor Jamali (keduaduany­a acara Internatio­nal 470 wanita) yang diiringi oleh tiga pegawai telah berlepas ke Tokyo pada 8 Julai lalu.

Penembak negara, Nur

Suryani Mohamed Taib yang beraksi dalam acara 50m rifle tiga posisi wanita berlepas pagi kelmarin, manakala baki atlet dijangka berlepas pada 25 Julai ini.

Atlet lain layak ke Olimpik kali ini ialah Khairul Anuar Mohamad, Syaqiera Mashayikh (memanah), Lee Hup Wei, Azreen Nabila Alias (olahraga), Mohd Azizulhasn­i Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom (berbasikal trek), Gavin Kyle Green, Kelly Tan (golf) dan Welson Sim dan Phee Jinq En (renang).

Selain itu, Pandelela Rinong, Cheong Jun Hoong, Leong Mun Yee, Nur Dhabitah Sabri, Ng Yan Yee (terjun), Farah Ann Abdul Hadi, Jeremiah Loo Phay Xing (gimnastik) pemain badmiton Lee Zii Jia, Soniia Cheah, Aaron Chia, Soh Wooi Yik, Chow Mei Kuan, Lee Meng Yean, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying.

Pada edisi Rio 2016, Malaysia diwakili oleh 32 atlet membawa pulang empat pingat perak dan sebutir gangsa yang merupakan pencapaian terbaik negara di Sukan Olimpik. — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? KIBARKAN CABARAN: Muhyiddin (depan empat kanan) mengibarka­n Jalur Gemilang pada Flag-Off Kontinjen Negara ke Temasya Sukan Olimpik 2020 Tokyo di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) malam kelmarin. Turut kelihatan Reezal Merican (tiga kanan) bersama Wan Ahmad Fayhsal (dua kanan), Lee Chong Wei (enam kanan) dan Mohamad Norza Zakaria (lima kanan).
— Gambar Bernama KIBARKAN CABARAN: Muhyiddin (depan empat kanan) mengibarka­n Jalur Gemilang pada Flag-Off Kontinjen Negara ke Temasya Sukan Olimpik 2020 Tokyo di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) malam kelmarin. Turut kelihatan Reezal Merican (tiga kanan) bersama Wan Ahmad Fayhsal (dua kanan), Lee Chong Wei (enam kanan) dan Mohamad Norza Zakaria (lima kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia