Utusan Borneo (Sarawak)

Adaptasi norma baharu

Pematuhan prosedur operasi standard sambutan Hari Raya Aidiladha sangat penting, kata Fatimah

-

“Semasa pandemik COVID-19 ini sambutanny­a sudah tentu memerlukan kita berkorban, yakni mengorbank­an norma lama dan mengadatap­i norma baharu. ”

Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

KUCHING: Sambutan Hari Raya Aidiladha semasa pandemik COVID-19 memerlukan umat Islam mengorbank­an norma lama sebaliknya mengadapta­si norma baharu seperti ditetapkan dalam prosedur operasi standard (SOP).

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, pematuhan SOP sambutan Hari Raya Aidiladha sangat penting.

“Sambutan Hari Raya Aidiladha adalah hari untuk umat Islam mengingati pengorbana­n Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.

“Semasa pandemik COVID-19 ini sambutanny­a sudah tentu memerlukan kita berkorban, yakni mengorbank­an norma lama dan mengadapta­si norma baharu.

“Maka pematuhan kepada SOP sangat penting. Tiada amalan kunjung mengunjung. Kita telah belajar daripada pengalaman lalu, kegagalan semasa Hari Raya Aidilfitri, Gawai menyebabka­n kes COVID-19 meningkat,” katanya dalam kenyataan semalam.

Fatimah berkata, Sarawak kini dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang menuntut kerjasama rapat dan konsisten ke arah peralihan ke Fasa 3 (PPN).

Semua pihak tambahnya, perlu membantu memastikan program vaksinasi peringkat negeri mencapai imuniti kelompok menjelang penghujung Ogos depan.

“Wanita yang sering menjadi penganjur utama majlis sosial keluarga boleh terus memainkan peranan dengan menjadi contoh menerusi penganjura­n perjumpaan Hari Raya Aidiladha secara alam maya.

“Ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada yang tersayang, ahli keluarga di luar kediaman kita, saudaramar­a dan jiran tertangga menggunaka­n media sosial, WhatsApp, panggilan video, Skype, Facebook, Twitter, Tik Tok dan sebagainya,” ujarnya.

Pengerusi Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) Sarawak Omar Bahrein Unin berkata, sesuai dengan amalan kehidupan dalam Islam semua penjawat awam dinasihatk­an bersikap sederhana menyambut Aidiladha pada tahun ini.

Beliau berkata penjawat awam perlu terus menyokong saranan kerajaan dalam mengekang penularan COVID-19 dengan mematuhi SOP ditetapkan seperti tidak balik kampung dengan merentas daerah atau negeri.

“Penjawat awam juga diingatkan tidak membuat perkara-perkara yang boleh menjejaska­n kesihatan diri, keluarga dan masyarakat,” katanya.

Omar menambah: “Tahun ini umat Islam di Sarawak tidak dibenarkan mengadakan ibadah korban secara berkumpula­n mengikut garis panduan Majlis Islam Sarawak (MIS).”

Justeru katanya, umat Islam harus bersabar dan sentiasa berdoa semoga wabak COVID-19 dapat ditangani dengan mematuhi peraturan ditetapkan kerajaan.

Semua itu ujarnya, bertujuan mengelak semakin banyak penularan COVID19 dalam masyarakat.

 ??  ??
 ??  ?? FATIMAH
FATIMAH
 ??  ?? OMAR
OMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia