Utusan Borneo (Sarawak)

MIS KELUARKAN GARIS PANDUAN AIDILADHA

-

KUCHING: Majlis Islam Sarawak (MIS) semalam telah mengeluark­an garis panduan bagi sambutan Hari Raya Aidiladha selepas mengambil kira situasi wabak COVID-19 semasa dan peningkata­n kes melibatkan ‘Variant of Concern’ di Sarawak.

Menurut satu kenyataan, MIS hanya membenarka­n takbir di masjid dan surau dengan Takbir Muqayyad (takbir mengiringi solat) bermula Subuh 9 Zulhijjah hingga Asar 13 Zulhijjah.

“Juga, Takbir Mursal (takbir yang mengiringi solat) pada Maghrib 10 Zulhijjah (malam hari raya) sehingga 9 malam selepas solat Subuh sehingga Takbiratul Ihram Imam untuk solat Aidiladha.

“Selain, solat sunat Aidiladha turut dibenarkan di masjid dan surau dengan had jemaah mematuhi penjarakan fizikal (satu meter) Masjid Jamek Negeri Sarawak yang tidak melebihi 500 orang,” kata kenyataan itu.

Pemakaian garis panduan tersebut berkuat kuasa dari 9 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjjah 1442H atau mana-mana arahan lanjut yang ditetapkan oleh Majlis Islam Sarawak.

Bagaimanap­un, masjid dan surau di peringkat bahagian, daerah, daerah kecil atau kariah tidak dibenarkan melebihi 150 orang dan surau tidak dibenarkan melebihi 70 orang pada satu-satu masa.

Had jemaah ini tegasnya, termasuk bilangan pegawai masjid dan jawatankua­sa pengurusan.

Para jemaah perlu mengikuti pematuhan ketat dengan menggunaka­n pelitup separuh muka sepanjang masa.

Mereka juga perlu menjalani pengimbasa­n suhu badan dan mendaftar kehadiran melalui Mysejahter­a atau buku rekod sebelum masuk ke dalam masjid atau surau.

“Para jemaah urut diwajibkan membawa sejadah atau alas sujud sendiri, berwuduk terlebih dahulu di rumah, tidak bersesak semasa masuk atau keluar dari masjid atau surau dan tidak bersalaman,” katanya.

Pada masa yang sama, beberapa aktiviti sepanjang sambutan sama sekali tidak dibenarkan oleh pihak MIS.

Antaranya ziarah, jamuan selepas solat sunat, aktiviti takbir dari rumah ke rumah, rumah terbuka, tahlil selepas solat sunat dan ziarah kubur. Sementara ibadah korban ditangguhk­an terlebih dahulu.

Bagi zon atau kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) tidak dibenarkan sama sekali mengadakan solat sunat Aidiladha di masjid atau surau.

Penduduk di kawasan PKPD disaran melaksanak­annya di rumah masingmasi­ng bersama ahli keluarga sahaja, ujarnya.

Semua prosedur operasi standard (SOP) COVID19 berkenaan tegas MIS, hendaklah dipatuhi seperti yang telah ditetapkan oleh Lembaga Fatwa Negeri Sarawak, Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB), Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Turut diingatkan bahawa pihak MIS dengan kelulusan JPBNS boleh mengubah atau meminda garis panduan ini dari semasa ke semasa berdasarka­n keperluan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia