Utusan Borneo (Sarawak)

21 PATI cuba masuk Sarawak diusir pulang

Cuba menyelinap masuk melalui lorong tikus di sempadan dalam dua kes berasingan

-

“Anggota Task Force Skuadron Perisai 11 menerima aduan daripada penduduk kampung terdapat sekumpulan individu berada di belakang kilang terbiar di kawasan kampung tersebut. Jurucakap Briged Sarawak PGA

KUCHING: Cubaan 21 pendatang asing tanpa izin (PATI) menyelinap masuk ke Sarawak melalui lorong tikus di sempadan Malaysia-Indonesia di Serian berjaya dipatahkan dalam dua kes berasingan pada 14 dan 16 Julai lalu.

Jurucakap Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam kenyataan berkata, kes pertama pada 14 Julai sekitar jam 7.15 pagi di kawasan Kampung Entubuh, Jalan Serian-Tebedu.

“Anggota Task Force Skuadron Perisai 11 menerima aduan daripada penduduk kampung terdapat sekumpulan individu berada di belakang kilang terbiar di kawasan kampung tersebut.

“Setelah sampai di tempat yang dinyatakan kami menemui seramai 16 individu yang terdiri daripada 12 lelaki dan empat wanita disyaki warganegar­a Indonesia berada dalam keadaan mencurigak­an,” katanya.

Jelasnya, hasil pemeriksaa­n mendapati kesemua PATI terbabit gagal menunjukka­n dokumen perjalanan yang sah dan memasuki Malaysia menggunaka­n jalan yang tidak diwartakan.

Kes kedua pula, katanya, pada 16 Julai 2021 sekitar jam 10.30 malam, anggota Polis Task Force Skuadron Perisai 11 Briged Sarawak PGA mendapat maklumat mengenai warganegar­a Indonesia yang telah masuk ke Malaysia menggunaka­n jalan tidak diwartakan (jalan tikus) di ladang sawit Kampung Mongkos, Serian.

“Hasil intipan dan serbuan yang dilakukan di ladang tersebut telah berjaya menahan lima individu dalam keadaan mencurigak­an.

“Pemeriksaa­n telah dilakukan terhadap dua lelaki dan tiga wanita tersebut mendapati mereka warganegar­a Indonesia serta gagal menunjukka­n dokumen perjalanan yang sah untuk memasuki Malaysia,” ujarnya.

Tegas Briged Sarawak

PGA, kesemua PATI tersebut melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1959 dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Kesemua individu telah diarahkan untuk kembali ke negara asal (Indonesia) melalui jalan yang sama.

“Tiada sebarang sentuhan dan kekerasan dilakukan semasa pemeriksaa­n dilakukan,” katanya.

 ??  ?? USIR: Seramai 16 PATI yang menyorok di belakang kilang terbiar di Kampung Entubuh, Jalan Serian-Tebedu diusir pulang ke negara asal.
USIR: Seramai 16 PATI yang menyorok di belakang kilang terbiar di Kampung Entubuh, Jalan Serian-Tebedu diusir pulang ke negara asal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia