Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga PATI cuba balik raya guna jalan tikus ditahan dan diusir

-

KUCHING: Tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) yang mahu pulang menyambut Hari Raya Aidiladha ditahan ketika cuba keluar dari Sarawak melalui jalan tikus di sebuah ladang berdekatan Kampung Kendaei, Lundu dekat sini petang semalam.

Komander Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am SAC Saini Bongkek berkata, dalam kejadian sekitar jam 3 petang itu, anggota Batalion 12 PGA Miri yang bertugas di Pos Raso telah menahan tiga lelaki warganegar­a Indonesia yang cuba keluar dari Malaysia (Sarawak) ke Indonesia melalui jalan yang tidak diwartakan.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati ketiga-tiga mereka tidak mempunyai dokumen kemasukan yang sah ke Malaysia.

“Pengakuan PATI mengatakan telah datang ke Malaysia dan bekerja di ladang sawit (sebelum ini dan mereka sedang dalam perjalanan pulang ke Indonesia melalui jalan tidak sah untuk menyambut Hari Raya Korban,” katanya dalam kenyataan semalam.

Jelasnya, ketiga-tiga PATI terbabit yang berusia antara 21 hingga 47 tahun itu turut didapati tidak mempunyai sebarang dokumen dan permit perjalanan yang sah.

Kata Saini, ketiga-tiga mereka telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).

“Amaran lisan telah diberikan dan pengusiran dilakuan kepada ketiga-tiga mereka dan dihantar balik ke Indonesia melalui jalan tikus.

“Tiada sebarang kekerasan dan sentuhan digunakan ketika pemeriksaa­n dan pengusiran dilakukan,” tegasnya.

Dalam kejadian berasingan, Saini berkata, anggota Batalion 12 PGA Miri di Pos Raso turut menahan seorang lelaki warganegar­a Indonesia sekitar jam 7 pagi Sabtu di sebuah ladang sawit di Kampung Raso, Lundu.

“Lelaki tersebut juga cuba keluar dari Malaysia (Sarawak) melalui jalan yang tidak diwartakan.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati PATI tersebut tidak mempunyai dokumen kemasukan yang sah,” ujarnya.

Malah tambahnya, PATI tersebut mengaku datang ke Malaysia kerana ditawarkan untuk bekerja di ladang sawit.

“PATI tersebut juga mengatakan dia berjalan kaki selama 2 jam dari sempadan ke tempat itu semasa ditangkap dan sedang menunggu tekong yang akan membawa mereka keluar untuk bekerja di ladang sawit,” katanya.

Berikutan itu, beliau memberitah­u, lelaki terbabit turut diusir pulang melalui jalan tikus.

 ??  ?? USIR: Ketiga-tiga lelaki warganegar­a Indonesia ditahan sebelum diusir pulang ke negara asal di sebuah ladang berdekatan Kampung Kendaei, Lundu.
USIR: Ketiga-tiga lelaki warganegar­a Indonesia ditahan sebelum diusir pulang ke negara asal di sebuah ladang berdekatan Kampung Kendaei, Lundu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia