Utusan Borneo (Sarawak)

KM berpuas hati dan bangga dengan JPBB Miri

-

MIRI: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang mengadakan lawatan ke empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di sini, melahirkan rasa puas hati dan berbangga dengan kerja keras Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri dalam menjayakan program vaksinasi di bahagian ini.

Kerjasama erat itu katanya, telah menyaksika­n Miri mencapai sasaran pemberian vaksin kepada seramai 238,772 untuk dos pertama, iaitu 72.5 peratus daripada populasi di Miri manakala dos kedua pula ialah 114,634 atau 35 peratus.

Pada lawatan rasminya ke sini kelmarin, Abang Johari meninjau sendiri situasi di empat lokasi berkenaan iaitu PPV Hospital Miri di Dewan Dato Lee Teck Fook dan Sekolah Menengah Riam Road (RRSS).

Ini diikuti dengan lawatan ke PPV Dewan Eastwood Valley di Eastwood Valley Golf & Country Club sebelum ke PPV Industri Minyak dan Gas di Pejabat Petronas Sdn Bhd di Lutong pada sebelah petangnya.

Ketua Menteri dan rombongan mengakhiri program di Miri dengan lawatan ke PPV Dewan Curtin di Curtin University Kampus Malaysia di mana beliau turut diberikan taklimat ringkas JPBB Miri sebelum berangkat pulang.

Turut mengiringi beliau ialah Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua serta Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Terminal Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Menteri Pengangkut­an Sarawak yang juga menteri bertanggun­gjawab bagi JPBB Miri Datuk Lee Kim Shin, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Jaul Samion serta Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed.

 ??  ?? BAGUS: Abang Johari (tiga kanan), Awang Tengah (dua kanan) dan Lee (kanan sekali) memberikan tanda bagus sebagai sokongan kepada salah seorang penerima vaksin warga emas di Miri, kelmarin.
BAGUS: Abang Johari (tiga kanan), Awang Tengah (dua kanan) dan Lee (kanan sekali) memberikan tanda bagus sebagai sokongan kepada salah seorang penerima vaksin warga emas di Miri, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia