Utusan Borneo (Sarawak)

Kemasukan ke ICU akibat jangkitan COVID-19 menurun di Sibu

-

SIBU: Penyelaras Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu Dr Annuar Rapa’ee berkata, kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan COVID-19 telah menurun sejak kes-kes di Sibu mulai pulih.

Ketika siaran langsung menerusi Facebook petang kelmarin beliau memberitah­u, kadar penghunian di pusat kuarantin pada masa ini juga hanya pada 27 peratus.

Dr Annuar yang juga Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam berkata, beliau telah bercakap dengan Pengarah Hospital Sibu Dr Nanthakuma­r Thirunavuk­karasu untuk menggunaka­n pusat kuarantin di hospital.

“Bukan kita ingin menutup semua pusat kuarantin tapi kita ingin fokus pada pusat kuarantin di Hospital Sibu, jadi kita hanya akan menggunaka­n pusat kuarantin di hospital.

“Pusat kuarantin yang ada di luar kita masih kekalkan dulu tetapi kita hendak memperbaik­i dan membersihk­annya.

“Kita juga mahu petugas barisan hadapan diberi ruang berehat, mereka telah bekerja keras sejak sekian lama,” katanya.

Beliau juga menjelaska­n bahawa Sibu semakin selamat tidak lama lagi namun mengingatk­an bahawa mendapatka­n sifar kes mungkin tidak mudah dan mungkin tidak akan berlaku.

Bagaimanap­un, dengan pemberian vaksin ini dapat menurunkan kemungkina­n masuk ke hospital, mengurangk­an keparahan kes dan mengurangk­an angka kematian.

Menurutnya, program vaksinasi dos pertama semakin perlahan pada masa ini kerana ramai yang sudah menerimany­a.

“Namun, program vaksinasi masih berjalan, kita akan segera menuju ke zon Sukun dengan bas vaksinasi,” katanya.

Dr Annuar yang juga Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi berkata, walaupun negara menyasarka­n untuk mencapai 80 peratus penduduk untuk mendapatka­n vaksin, yang terbaik adalah 100 peratus orang layak mendapat vaksin.

Sementara itu mengenai varian Delta, beliau meyakinkan orang ramai bahawa tidak akan ada yang perlu disembunyi­kan sekiranya varian Delta dikesan di sini.

Dr Annuar berkata, JPBBS atau Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) akan membuat pengumuman sekiranya terdapat varian Delta positif dikesan.

Jelasnya, desas-desus yang tular bahawa varian tersebut sudah dikesan di Sibu berkemungk­inan berpunca daripada kes seorang warganegar­a asing yang telah dikesan positif COVID-19 pada 7 Julai lepas.

“Sampel telah dihantar ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 12 Julai.

“Kita belum menerima keputusann­ya.

“Keputusan hanya akan dihasilkan dalam masa seminggu atau dua minggu.

“Sekiranya hasilnya positif (varian Delta) di Sibu, JPBNS akan mengumumka­n, jadi kita tunggu,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka.

Beliau berharap agar sampel akan keluar negatif untuk varian Delta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia