Utusan Borneo (Sarawak)

JPBB Miri tinjau pematuhan SOP di tiga tamu dan Persiaran Kabor

-

MIRI: Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri semalam mengadakan lawatan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) di tiga lokasi tamu iaitu Tamu Muhibbah, Tamu Khas dan Tamu Kedayan.

Diketuai Menteri Pengangkut­an Sarawak Datuk Lee Kim Shin yang juga menteri bertanggun­gjawab bagi JPBB Miri, jawatankua­sa itu turut mengadakan lawatan ke kawasan Persiaran Kabor atau lebih dikenali sebagai kawasan Persiaran Warga Emas di sini, semalam.

“Tujuan lawatan ini ialah untuk memastikan para penjaja dan pengusaha kedai makanan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamata­n Negara (MKN) serta menyeru mereka yang belum menerima vaksin supaya berdaftar segera agar dapat bersama-sama mencegah penyakit berjangkit COVID-19 ini,” katanya.

Menurutbel­iau,semasalawa­tan ke Tamu Muhibbah hampir semua penjaja telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin COVID-19 dan lebih 50 peratus sudahpun menerima dos lengkap.

“Hanya beberapa penjaja yang belum menerima vaksin disebabkan masalah kesihatan dan sedang menunggu susunan baharu untuk menerima suntikan vaksin.

“Menurut hasil laporan daripada Majlis Bandaraya Miri (MBM), 93 peratus pengusaha dan pekerja daripada premis makanan dan minuman di sekitar bandar raya ini telah menerima sekurangku­rang satu dos suntikan vaksin,” jelas Lee.

Semasa lawatan ke kawasan Persiaran Kabor, Lee turut menyatakan kelegaan kerana rata-rata orang awam yang ditemui makan dan minum di premis makanan dan minuman juga telah menerima sekurang kurangnya satu dos suntikan vaksin COVID-19.

Melalui lawatan ini, pasukan penguat kuasa MBM juga mengambil kesempatan untuk membantu mendaftar vaksin bagi mereka yang belum menerima suntikan vaksin.

Lee menyeru pengusaha makanan dan minuman serta penjaja yang belum menerima suntikan vaksin agar berdaftar segera dengan MBM.

Pasukan penguat kuasa MBM juga akan mengadakan lawatan ke kawasan untuk memantau supaya tiada golongan penjaja atau pengusaha premis makan dan minum tercicir.

Dalam pada itu, pemandu teksi di Tempat Menunggu Teksi Jalan Kabor yang ditemui rata-ratanya juga telah menerima kedua-dua dos suntikan vaksin COVID-19.

Mereka turut menunjukka­n bukti kad menerima vaksin atau Sijil Vaksin asi Elektronik dalam aplikasi MySejahter­a kepada rombongan JPBB Miri.

JPBB Miri berharap agar semua warga Miri bekerjasam­a berganding bahu membendung penyakit jangkitan COVID-19 dengan memastikan imuniti kelompok dalam kalangan masyarakat di bahagian Miri dapat dicapai.

Bagi orang ramai di bahagian Miri yang masih belum berdaftar atau masih belum menerima sebarang notifikasi janji temu vaksin COVID-19 sehingga kini boleh berhubung melalui aplikasi Whatsapp di nombor 011-5928 4348 atau 011-5942 4290 dengan menyertaka­n butiran seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat lengkap.

Orang ramai juga boleh menghubung­i Bilik Gerakan Vaksin Bahagian Miri di talian 085-322 229, 085-322 410 atau 085-322127.

Turut hadir mengiringi Lee semasa lawatan itu semalam ialah Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting, Datuk Bandar Adam Yii, Pemangku Residen Bahagian Miri yang juga Pengerusi JPBB Miri Jamalie Busri, Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong dan Setiausaha MBM Morshidi Fredrick.

 ??  ?? TERBAIK: Lee bersama seorang penjaja Tamu Muhibbah Teresa Leja yang menunjukka­n kada penerimaan vaksin yang lengkap dua dos, sambil disaksikan Yii (kanan).
TERBAIK: Lee bersama seorang penjaja Tamu Muhibbah Teresa Leja yang menunjukka­n kada penerimaan vaksin yang lengkap dua dos, sambil disaksikan Yii (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia