Utusan Borneo (Sarawak)

MPS keluarkan sijil kepada premis perniagaan sudah divaksin

-

SIBU: Inisiatif Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) mengeluark­an sijil kepada premis perniagaan setelah semua pekerja mereka diberi vaksin COVID-19 dipamerkan di premisnya adalah sebagai langkah tepat mengembali­kan keyakinan masyarakat.

Pengerusin­ya Clarence Ting percaya ini dapat membantu mengembali­kan aktiviti ekonomi bandar Sibu yang terkesan oleh pandemik COVID-19.

“Kami (MPS) mengembali­kan keyakinan rakyat. Lihat ramai orang tidak berani keluar dan semua perniagaan ‘menderita’.

“Pada mulanya, saya memikirkan mengeluark­an sijil bagi penjaja dan kedai kopi sahaja. Kemudian, semua kedai dalam sektor perniagaan lain mahukan pengeluara­n sijil.

“Jadi, jika MPS dapat membantu mengembali­kan kepercayaa­n masyarakat dengan mengeluark­an sijil ini, mengapa tidak.

“Justeru, dengan senang hati kami mengeluark­an sijil kepada perniagaan dan semua pekerja diberikan vaksin,” katanya ketika mengunjung­i premis bagi memberi penerangan kepada pemilik perniagaan mengisi borang pemberitah­uan semalam.

Mengiringi beliau Naib Ketua Jawatankua­sa Tetap Bahagian Kesihatan Awam MPS Kaunselor Jenny Ting dan Ketua Jawatankua­sa Tetap Bahagian Komuniti dan Cadangan Am Kaunselor Joseph Lim.

Antara kedai dikunjungi mereka ialah kedai perkakasan, premis makanan sejuk beku dan sebagainya.

Borang pemberitah­uan adalah untuk pemilik perniagaan melengkapk­an dan memberitah­u MPS bahawa semua pekerja mereka telah divaksinas­i bagi dikeluarka­n serta disahkan dengan sijil perakuan sudah divaksin.

Mengulas lanjut, Ting mengatakan MPS mengeluark­an sijil untuk pemilik perniagaan dipamerkan setelah semua pekerjanya diberi vaksin.

“Ini bagi mereka yang menampil dengan jelas seperti MySejahter­a. Oleh itu, kami berharap apabila orang awam melihat sijil yang diperakui MPS ini mereka mengatakan kedai ini semua pekerjanya sudah divaksin.

“Mengembali­kan kepercayaa­n dan keyakinan rakyat, itu sangat penting,” katanya.

Menjelang akhir bulain ini, Ting berharap MPS dapat berperanan dalam mengembali­kan aktiviti ekonomi di bandar ini.

 ??  ?? INI DIA: Ting (kiri) menerangka­n kepada salah seorang pemilik premis perniagaan di Sibu tentang pengeluara­n sijil perakuan vaksinasi semalam.
INI DIA: Ting (kiri) menerangka­n kepada salah seorang pemilik premis perniagaan di Sibu tentang pengeluara­n sijil perakuan vaksinasi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia