Utusan Borneo (Sarawak)

10 pelajar cemerlang STPM 2020 SMK Meradong terima insentif

-

BINTANGOR: Seramai 10 pelajar cemerlang pada Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) 2020 dari Sekolah MenengahKe­bangsaan(SMK) Meradong telah menerima insentif semalam.

Insentif khas tersebut telah disampaika­n Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N46 Meradong Datuk Ding Koung Hiing.

Upacara ringkas penyerahan insentif tersebut telah berlangsun­g di bilik mesyuarat Majlis Daerah Meradong Julau (MDMJ).

Dalam amanat ringkasnya pada majlis tersebut Ding berkata, insentif tersebut adalah sebagai pengiktira­fan dan penghargaa­n kepada pelajar terbabit atas usaha dan pencapaian cemerlang mereka pada peperiksaa­n STPM 2020.

“Seperti yang kita tahu, pelajar yang telah mengambil peperiksaa­n pada tahun lepas telah berhadapan dengan pelbagai cabaran, terutama sepanjang negara dan dunia amnya, berhadapan dengan pandemik COVID-19.

“Sesi persekolah­an telah berhadapan dengan pelbagai cabaran namun berkat kesungguha­n dan semangat yang cekal, pelajar ini telah berjaya mendapat keputusan dan pencapaian yang membanggak­an kita.

“Justeru, sebagai penghargaa­n dan suntikan semangat kepada pelajar ini kita telah menyampaik­an insentif ini sebagai tanda kita bangga dengan semangat dan komitmen mereka terhadap pencapaian dalam pelajaran,” kata Ding.

Tambahnya, sumbangan insentif diberikan kepada pelajar cemerlang STPM dari daerah Meradong pada setiap tahun.

Pada masa yang sama, Ding berharap usaha seumpama itu dapat memberikan teladan kepada pelajar lain.

“Jadikan semangat dan kejayaan pelajar ini sebagai perangsang kepada pelajar yang lain untuk mencapai matlamat dan kejayaan dalam bidang akademik amnya. Jangan menjadikan kekurangan pada masa ini sebagai kekangan tetapi jadikan ia sebagai satu cabaran untuk terus berjaya,” ujar Ding.

Hadir sama pada majlis ini ialah guru Tingkatan 6 SMK Meradong Norman Wong dan Pemanca Yii Hee Sieng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia