Utusan Borneo (Sarawak)

Seramai 3,113 orang terima bantuan bulanan

-

SRI AMAN: Seramai 3,113 orang penerima bantuan bulanan kebajikan membabitka­n perbelanja­an RM1,429,500 menerima bantuan masingmasi­ng di sini setakat Julai ini.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata, pembayaran bantuan pengangkut­an tiga pesakit buah pinggang dalam tempoh satu tahun berjumlah RM21,750 sementara bantuan ‘Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis’ (CAPD) terdapat dua kes membabitka­n RM56,000 bantuan juga disalurkan setakat ini.

“Untuk makluman, permohonan Bantuan Ihsan Kematian (BIK) di bahagian Sri Aman diluluskan setakat Julai ini sebanyak 140 membabitka­n bayaran RM420,000 manakala satu permohonan tidak diluluskan disebabkan pemegang KGC merupakan pencen penjawat awam yang mempunyai bantuan JPA.

“Bagi pemegang Kenyalang Gold Card (KGC) di sini merekodkan 12,148 orang mendaftar, 10,855 KGC dicetak manakala 10,716 KGC diserahkan dan tinggal 139 kad belum diagihkan,” katanya selepas Majlis Penyerahan KGC, Bantuan Kebajikan dan Penghargaa­n Rakan Strategik (KGC) bagi Sri Aman dan Lubok Antu di Kompleks Penyayang di sini kelmarin.

Mengenai rakan strategik KGC, Harden berkata di bandar Simanggang terdapat 13 premis perniagaan bersetuju sebagai Rakan Strategik menawarkan diskaun kepada pemegang KGC.

“Di pekan Lingga dan pekan Lubok Antu masingmasi­ng terdapat dua rakan strategik beroperasi di kawasan itu,” jelasnya.

Beliau bagi pihak kerajaan negeri di bawah Gabuangan Parti Sarawak (GPS) mengucapka­n terima kasih kepada rakan strategik yang bersetuju memberi diskaun kepada pemegang KGC.

“Sarawak merupakan satusatuny­a negeri memperkena­lkan keahlian KGC bagi warga Sarawak berumur 60 tahun ke atas.

“Selain mendapat diskaun daripada rakan strategik, waris pemegang KGC juga mendapat manfaat Bantuan Ihsan Kematian (BIK) berjumlah RM3,000 bagi tujuan pengurusan jenazah atau perkara berkaitan,” jelasnya.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak Noriah Ahmad, Pegawai Daerah Sri Aman Mohd Ashree Wee, Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman Vivian Engkiong, Ketua Cawangan Khidmat Sokongan Sosial Harry Silas Tirau, Ketua Unit Cawangan Transforma­si dan Inovasi Taddy Ajin, Penghulu Mingging Sigan, Ketua Masyarakat Kaum Iban Hulu Undop serta Kaunselor Denneil Saweng.

Manakala program di Lubok Antu turut disertai Pegawai Tadbir Khas mewakili Menteri Muda Pembanguna­n Perindustr­ian

Jack Merdan, Pegawai Komunikasi Awam (UKAS) Batang Ai Lindalyn Kawi serta yang lain.

Harden turut menyerahka­n bantuan bencana kepada dua pemilik rumah kediaman terbakar di Kampung Jumbit, Melugu Sri Aman di mana penerima terdiri daripada Kana Julak menerima bantuan RM7,700 manakala penerima kedua Domanac Tuya yang kediaman terjejas sedikit menerima bantuan berjumlah RM300.

Simbolik penyerahan dilakukan di Kompleks Penyayang Sri Aman yang menempatka­n pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian (JKMB) Sri Aman manakala di Lubok Antu penyerahan diadakan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Batang Ai, Lubok Antu.

Seramai enam penerima KGC, enam penerima BIK dan lima penerima manfaat bagi penyakit buah pinggang.

 ??  ?? RAKAN STRATEGIK: Harden (tiga kiri) menyampaik­an bantuan kebajikan dan ‘outreach’ penyerahan risalah dan stiker rakan strategik KGC di pekan Lubok Antu.
RAKAN STRATEGIK: Harden (tiga kiri) menyampaik­an bantuan kebajikan dan ‘outreach’ penyerahan risalah dan stiker rakan strategik KGC di pekan Lubok Antu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia