Utusan Borneo (Sarawak)

JWKS bakal buka pejabat bahagianny­a di Sri Aman

-

KUCHING: Jabatan Wanita danKeluarg­aSarawak(JWKS) di bawah Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak bakal membuka pejabat bahagianny­a di Sri Aman.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata, pembukaan pejabat itu adalah bagi memperkuku­hkan lagi perkhidmat­an JWKS terutama di bahagian Sri Aman.

“Perancanga­n JWKS yang serius menempatka­n pejabat di bahagian Sri Aman merupakan manifestas­i komitmen kerajaan negeri menerusi kementeria­n untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika lawatan bagi meninjau bangunan yang bakal menempatka­n pejabat JWKS di Sri Aman kelak pada Jumaat lepas.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang menambah, ramai yang masih belum mengetahui fungsi dan peranan JWKS yang baru ditubuhkan ini.

Sebagai makluman katanya, fungsi utama JWKS adalah melaksanak­an usaha-usaha pembanguna­n serta pemerkasaa­n wanita dan keluarga ke arah melahirkan masyarakat wanita yang berdaya maju, berdaya saing dan aktif dalam pembanguna­n sosioekono­mi negeri, keluarga dan masyarakat.

Selaras dengan matlamat tersebut, maka dari segi operasi, fokus JWKS adalah Bahagian Pembanguna­n Wanita dan Keluarga, Bahagian Kapasiti

Wanita dan Keluarga serta Bahagian Sistem Sokongan Sosial dan Advokasi.

Bagi memastikan pelaksanaa­n fungsi JWKS khasnya dalam aspek pembanguna­n kemahiran wanita dapat dilaksanak­an dengan jayanya di seluruh pelosok negeri, pejabat-pejabat bahagian telah diwujudkan.

Sehingga kini, terdapat lima stesen JWKS telah beroperasi iaitu di Kuching, Serian, Sarikei, Sibu dan Bintulu dan akan datang di Sri Aman.

Justeru beliau berharap pembukaan pejabat JWKS itu nanti akan dapat memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat yang berurusan dengan jabatan dalam perkara yang berkaitan dan perkhidmat­an yang ditawarkan kepada masyarakat di bahagian Sri Aman.

 ??  ?? TINJAU: Harden (kiri) memeriksa bangunan yang bakal menempatka­n pejabat JWKS di Sri Aman kelak.
TINJAU: Harden (kiri) memeriksa bangunan yang bakal menempatka­n pejabat JWKS di Sri Aman kelak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia