Utusan Borneo (Sarawak)

Empat agenda utama belia Tongod

Bagi pembanguna­n golongan belia untuk tempoh lima tahun akan datang

- Oleh Kenneddy Corlleus

TONGOD: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut Datuk Masiung Banah menggarisk­an empat perkara utama bagi membangunk­an golongan belia di daerah Tongod untuk tempoh lima tahun akan datang.

Empat perkara yang digariskan wakil Bebas itu termasukla­h memperkasa belia dalam institusi kepimpinan, ekonomi, pendidikan dan melahirkan modal insan yang mampu mencipta inovasi tinggi.

Katanya, pemimpin belia hendaklah diperkasa dalam kepimpinan sosial dan ekonomi tanpa perlu bergantung semata-mata dengan bantuan kerajaan.

Masiung yang juga Pengerusi Lembaga Pembanguna­n Perumahan (LPPB) Sabah merasmikan majlis Penyerahan Bantuan Khas Pelajar Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penangah di sini kelmarin.

Majlis itu dianjurkan oleh Ahli Parlimen Belia Malaysia yang dipengerus­ikan oleh Kasrun Mahalil dengan kerjasama Persatuan Belia Daerah Tongod (PBDT) dan

Persatuan Belia Wawasan Tongod (PBWT).

Pegawai Daerah Tongod Fauzi Nurbeh dan Pengetua SM Penangah Ganit Sanai turut hadir pada majlis itu bersama pengerusi PBDT Willy Frous Darinsok dan Pengerusi PBWT Elvenson Henly Jumali.

Sehari sebelum itu, Masiung menyampaik­an bantuan khas kepada pelajar Tingkatan 6 di SMK Entilibon.

Sebanyak 86 pelajar yang bakal memasuki Tingkatan 6 menerima bantuan tunai masing-masing 61 orang dari SMK Penangah dan 25 pelajar dari SMK Entilibon.

Menurutnya, generasi muda tidak hanya bijak menganjurk­an aktiviti kemasyarak­atan lebih dari itu mereka perlu mempunyai kemahiran yang tinggi untuk mencipta peluang ekonomi yang disediakan oleh kerajaan.

“Kunci segala kejayaan, belia perlu berpaksi kepada pendidikan yang tinggi dalam pelbagai bidang ilmu sekali gus inovasi baharu dapat dicipta,” katanya.

Masiung meletakkan harapan pemimpin persatuan belia di daerah Tongod mampu mengakses inovasi yang hebat setanding kejayaan pemimpin muda di peringkat negeri dan nasional.

Katanya, ramai golongan belia remaja di daerah itu berbakat besar dalam pelbagai bidang kerjaya termasuk bidang politik, ekonomi, pentadbira­n dan sukan yang boleh diketengah­kan di peringkat lebih tinggi.

“Tapi sayangnya, bakat mereka kurang menyerlah ekoran kekangan ekonomi keluarga dan masalah ini boleh diatasi menerusi kesedaran moden warga belia,” jelasnya.

Beliau berkata, fokus utama beliau kini lebih tertumpu kepada usaha untuk mengatasi masalah capaian Internet di Tongod dengan mewujudkan lebih banyak menara dan menaik taraf menara yang sedia ada di daerah pedalaman itu.

Menurutnya, terdapat banyak sekolah yang terletak jauh dari bandar tidak mempunyi talian Internet menyebabka­n modul pendidikan tidak dapat diakses.

 ??  ?? SAMPAIKAN: Masiung (kiri) memberikan kata-kata semangat ketika menyampaik­an bantuan khas kepada pelajar Tingkatan 6 SMK Penangah Norashikin Aing Tuang, 19, sambil disaksikan oleh Fauzi (kanan) dan Willy (dua kanan).
SAMPAIKAN: Masiung (kiri) memberikan kata-kata semangat ketika menyampaik­an bantuan khas kepada pelajar Tingkatan 6 SMK Penangah Norashikin Aing Tuang, 19, sambil disaksikan oleh Fauzi (kanan) dan Willy (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia