Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan hanya tahu provokasi, turun padang sampaikan bantuan

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Parti Liberal Demokratik (LDP) Bahagian Merotai Kemellia Hasan membidas kenyataan Setiausaha Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah Chan Foong Hin yang mempersoal­kan cara kerajaan kini mengurus pendatang tanpa izin (PTI) yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Kemellia berkata, sebaliknya Chan selaku Ahli Parlimen Kota Kinabalu mampu membantu PTI yang menjadi mangsa pandemik COVID-19 memandangk­an beliau mempunyai sumber melakukan perkara itu.

“Beliau selaku Ahli Parlimen di sini mempunyai peruntukan Parlimen dan boleh membantu mereka yang terjejas tidak kira warga negara atau sebaliknya di sini,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) juga menjelaska­n tidak akan menghalang mana-mana pertubuhan bukan kerajaan atau persendiri­an yang ingin tampil membantu PTI yang mengibarka­n bendera putih.

Bagaimanap­un katanya, kerajaan GRS pada dasarnya hanya memberikan bantuan kepada rakyat yang berstatus warganegar­a sahaja tetapi tidak akan menghalang sesiapa yang mahu membantu PTI yang mengibarka­n bendera putih.

“Jadi ini bermaksud, Chan dan DAP adalah dialu-alukan untuk membantu PTI yang mengibarka­n bendera putih sekiranya mereka mahu.

“Ketika berkuasa selama dua tahun dahulu, kamu juga gagal untuk mengatasi masalah PTI di Sabah, sebaliknya, pemerintah­an Parti Warisan Sabah (WARISAN) dahulu juga menyalurka­n bantuan kepada penduduk di Pulau Gaya,” katanya.

Kemelia mengesa agar DAP Sabah tidak hanya pandai mengeluark­an kenyataan bersifat provokasi sebaliknya fokus turun padang membantu rakyat.

Katanya, kini bukan masa untuk bermain politik dengan menimbulka­n provoksi sebaliknya semua wakil rakyat tidak kira kerajaan atau pembangkan­g perlu bersamasam­a membantu masyarakat di Sabah yang terjejas akibat COVID-19 tanpa mengira latar belakang.

 ??  ?? ROSAK: Salah sebuah rumah yang mengalami kerosakan di bahagian atap.
ROSAK: Salah sebuah rumah yang mengalami kerosakan di bahagian atap.
 ??  ?? KEMELLIA
KEMELLIA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia