Utusan Borneo (Sarawak)

Jeffrey terus komited bantu keperluan rakyat

-

KENINGAU: Skuad Prihatin Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Keningau terus komited dalam mengutamak­an kesejahter­aan rakyat serta memainkan peranan dalam membantu serta menyediaka­n pelbagai kemudahan untuk rakyat di kawasan.

Ketua Perhubunga­n Parlimen Lectus Fung berkata, setiap urusan permohonan masyarakat setempat yang berkaitan keperluan rakyat disusun mengikut keperluan untuk perhatian Ahli Parlimen

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffery Kitingan bagi tindakan susulan.

“Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Keningau yang merangkumi tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Tambunan, Bingkor dan Liawan adalah pengantara utama rakyat di kawasan ini dan kami akan terus membantu kepada rakyat yang memerlukan.

“Permohonan bantuan rakyat yang diterima untuk diproses dan diluluskan mengikut keperluan sama ada diuruskan oleh parlimen atau dihantar kepada DUN yang berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena penyampaia­n bantuan derma ikhlas berupa bantuan kewangan dan bakul makanan kepada penduduk Kampung Ranggom dan Gasabon ApinApin yang dilanda banjir kilat baru-baru ini.

Lectus berharap, sumbangan berkenaan sedikit sebanyak dapat membantu meringanka­n bebanan keperluan harian yang ditanggung oleh ahli keluarga mangsa yang terlibat.

Seramai 23 keluarga mangsa banjir yang terdiri daripada 13 keluarga dari Kampung Ranggom dan 10 keluarga di Kampung Gasabon dalam Mukim Apin-Apin menerima sumbangan berkenaan.

Turut hadir, Pegawai Pembanguna­n Masyarakat Janerowery Januarius Bundoi; Pegawai Perancang Pembanguna­n Strategik Parlimen Jesaria Charles Kimin dan Penyalaras DUN Bingkor Johari Pongod.

 ??  ?? BANTUAN: Lectus (kiri) bersama Jesaria, Janerowery dan Johari yang mewakili Jeffery berganding bahu menyampaik­an bantuan kepada keluarga di Kampung Ranggom.
BANTUAN: Lectus (kiri) bersama Jesaria, Janerowery dan Johari yang mewakili Jeffery berganding bahu menyampaik­an bantuan kepada keluarga di Kampung Ranggom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia