Utusan Borneo (Sarawak)

Buka sekolah secara berperingk­at langkah terbaik

Sekolah merupakan satu kawasan yang padat dengan jumlah murid dan guru yang ramai, kata Omar

- Oleh Marlinda Mardzuki

Maka keselamata­n dan kesihatan ramai perlu diutamakan dan oleh itu, kita bersetuju dengan tindakan Kementeria­n Pendidikan untuk meneruskan sesi persekolah­an secara Pengajaran dan

” Pembelajar­an di Rumah (PdPR).

KUCHING: Keputusan membuka sekolah secara berperingk­at bermula September adalah langkah terbaik dengan mengambil kira faktor keselamata­n dan kesihatan rakyat secara amnya.

Pengerusi Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) Sarawak Omar Bahrein Unin berkata, sekolah merupakan satu kawasan yang padat dengan jumlah murid dan guru yang ramai.

Pengerusi CUEPACS Sarawak

“Maka keselamata­n dan kesihatan ramai perlu diutamakan dan oleh itu, kita bersetuju dengan tindakan Kementeria­n Pendidikan untuk meneruskan sesi persekolah­an secara Pengajaran dan Pembelajar­an di Rumah (PdPR).

“Keputusan ini juga selaras dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam fasa ketiga yang mana sektor pendidikan boleh dibuka secara berperingk­at,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Beliau yakin kaedah itu akan mampu mengembali­kan kehidupan biasa rakyat dan semua murid berpeluang mendapat akses pendidikan dengan sebaiknya.

“Apatah lagi sekarang, guru sedang giat divaksin dan diberi keutamaan oleh kerajaan agar semua guru selesai mendapat vaksin pada bulan Ogos ini,” katanya.

Terdahulu, KPM menerusi kenyataan media kelmarin mengumumka­n bahawa sesi persekolah­an secara PdPR akan diteruskan sehingga 31 Ogos depan

Menurut kenyataan itu, sekolah hanya akan dibuka secara berperingk­at-peringkat untuk sesi pembelajar­an secara bersemuka mulai 1 September.

Dalam pada itu, Omar percaya dengan pelaksanaa­n PdPR, para pendidik dapat memberi pendidikan yang lebih baik kepada murid melalui pebagai kaedah mengikut garis panduan KPM.

“Paling penting, keduadua pihak perlu memberi fokus terhadap proses pembelajar­an misalnya guru fokus dalam memberi pendidikan dan murid pula fokus menerima pengajaran.“Dengan cara ini, pembelajar­an anakanak akan lebih berkesan,” katanya.

Omar Bahrein Unin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia