Utusan Borneo (Sarawak)

MAPIM Sarawak sokong sesi persekolah­an secara PdPR diteruskan

-

KUCHING: Mimbar Permuafaka­tan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) Sarawak menyokong sesi persekolah­an secara Pengajaran dan Pembelajar­an di Rumah (PdPR) diteruskan memandangk­an kes COVID-19 yang masih belum reda.

Yang Dipertuany­a Datuk Rozalix Edi Wahab berkata, tindakan itu wajar dilaksanak­an dengan mengambil kira faktor keselamata­n dan kesihatan warga sekolah terutama melibatkan golongan pelajar.

“Umum mengetahui bahawa kanak-kanak di bawah umur 18 tahun tidak diberikan vaksin COVID-19 dan apabila mereka tidak divaksinas­i, ini akan mendedahka­n diri kepada bahaya jangkitan virus tersebut.

“Justeru, MAPIM

Sarawak bersetuju dengan keputusan Kementeria­n Pendidikan (KPM) meneruskan sesi persekolah­an secara PdPR sehingga hujung Ogos demi keselamata­n anak-anak,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo semalam.

Menurut Rozalix, beliau memahami akan kekangan dan kesukaran yang dihadapi ibu bapa dan pelajar semasa pelaksanaa­n PdPR.

“Namun, apa yang lebih penting buat masa ini ialah kesihatan anak-anak, ibu bapa, guru dan seluruh masyarakat daripada dijangkiti wabak ini,” katanya.

Sementara itu, beliau mohon agar pelajar yang bakal mengambil Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysian (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diberi keutamaan mengikuti pembelajar­an secara bersemuka (PdP) terlebih dahulu.

“Ia bagi mengelak isu seperti tahun sebelumnya di mana para pelajar ini terpaksa menangguhk­an peperiksaa­n tersebut,” katanya sambil menggesa seluruh warga sekolah mematuhi garis panduan (SOP) ditetapkan jika sekolah dibuka secara berperingk­at mulai 1 September nanti.

Pada Sabtu, KPM mengumumka­n sesi persekolah­an secara PdPR akan dilanjutka­n sehingga 31 Ogos ini.

Menurutnya, sekolah hanya akan dibuka secara berperingk­at-peringkat untuk sesi pembelajar­an secara bersemuka mulai 1 September nanti.

“Ketetapan ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan institusi yang berdaftar dengan KPM,” kata kementeria­n itu dalam satu kenyataan.

 ??  ?? ROZALIX
ROZALIX
 ??  ?? OMAR
OMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia