Utusan Borneo (Sarawak)

PERKESO Sibu teruskan program ziarah OB tidak berkeupaya­an

-

SIBU: Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) Sibu meneruskan program ziarah Orang Berinsuran­s (OB) tidak berkeupaya­an menjalani kehidupan normal sejak berhadapan dengan musibah di tiga lokasi di sini, Khamis lalu.

Lawatan ziarah itu adalah bagi melihat keadaan semasa OB dan menyelami kehidupan mereka bagi memastikan kelangsung­an hidup tetap terbela.

Pengurus Pejabat PERKESO Sibu Tan Phang Chia berkata, aktiviti sosial ini dijalankan dengan mengadakan sesi lawatan ke rumah tiga OB terdiri penerima faedah berkala Faedah Pencen Ilat dan Faedah Hilang Upaya Kekal (HUK).

“Lawatan ziarah ini adalah bagi melihat keadaan semasa OB dan menyelami kehidupan mereka memastikan kelangsung­an hidup tetap terbela.

“Bukan sahaja menyingkap khabar mereka malah memastikan kecukupan OB menerima bantuan sewajarnya daripada PERKESO,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

OB terpilih adalah Tumu Atoi yang tinggal di Lorong Sentosa Barat 2 Jalan Salim Sibu, Engkamat Jepit di Sibu Jaya dan Donny Depa di Baugainvil­la Timur.

Pada lawatan itu, Tan bersama Timbalan Pengurus PERKESO Sibu Michael Blayong menyampaik­an sumbangan Kotak Prihatin kepada OB terbabit berupa keperluan asas dan harian mereka.

“Walaupun nampak kecil namun sedikit sebanyak dapat mengurangk­an keresahan dan kesulitan orang lain.

“Kegembiraa­n terpancar di wajah mereka dan menyambut baik lawatan kami,” kata Tan sambil berharap aktiviti sosial itu dapat terus mengeratka­n jalinan hubungan antara PERKESO dan masyarakat khususnya.

Beliau berkata, PERKESO kini giat mempromosi­kan produk perlindung­an dan faedah disediakan selaras dengan visi sebagai peneraju keselamata­n sosial unggul dan cemerlang.

“Selain itu, kami turut memberi perlindung­an keselamata­n sosial kepada pekerja dan tanggungan mereka menerusi Skim Keselamata­n Sosial,” jelasnya.

Dalam pada itu, PERKESO juga ingin memupuk kesedaran keselamata­n sosial dan kesihatan pekerjaan demi meningkatk­an kesejahter­aan sosial pekerja.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web PERKESO di https://perkeso.gov.my atau hadir ke pejabat berhampira­n.

 ??  ?? SUMBANGAN: Tan (tengah) menyampaik­an sumbangan PERKESO kepada Tumu pada Khamis sambil disaksikan Michael.
SUMBANGAN: Tan (tengah) menyampaik­an sumbangan PERKESO kepada Tumu pada Khamis sambil disaksikan Michael.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia