Utusan Borneo (Sarawak)

Guru diminta bersabar, teruskan sesi PdPR sehingga 31 Ogos

-

KUCHING: Semua guru diminta bersabar dan meneruskan sesi persekolah­an secara Pengajaran dan Pembelajar­an di Rumah (PdPR) sehingga 31 Ogos depan.

Presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) Zulkiflee Sebli berkata, seperti diumumkan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM), keputusan itu diambil berdasarka­n keadaan pandemik yang semakin meningkat.

“Para guru sudah pasti dalam keadaan berbelah bahagi dengan keputusan ini dan berharap agar sekolah dapat dibuka pada 26 Julai untuk sesi bersemuka memandangk­an cuti sekolah pertenggah­an penggal kedua bermula 17 Julai.

“Bagaimanap­un, KGBS berharap semua guru bersabar dengan keadaan semasa dan teruskan dengan PdPR sehingga tarikh yang diberikan KPM iaitu pada hujung Ogos ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo semalam.

Zulkiflee berkata, ibu bapa harus menerima hakikat bahawa pandemik ini bukannya satu perkara yang boleh dianggap remeh.

“Oleh itu, terus beri sokongan serta pantau kelas yang anak-anak ikuti dan maklumkam kepada pihak sekolah terutama masalah yang dihadapi sepanjang PdPR ini.

“Pastikan juga segala tugasan dan kerja yang diberikan guru kepada pelajar dihantar selain rajin bertanya kepada guru masing-masing,” katanya.

Bagi pembukaan sesi persekolah­an secara berperingk­at katanya, guru seharusnya akur dengan keputusan KPM.

“Bagi KGBS, kita pasti guru-guru kita sudah bersedia dengan keputusan KPM ini meskipun ada kekecewaan dalam kalangan mereka yang berharap sesi bersemuka dapat diadakan.

“Dalam keadaan norma baharu ini, guru harus rajin dan lebih berinovasi dalam mempelbaga­ikan teknik pengajaran mereka melalui PdPR,” jelasnya.

Sehubungan itu katanya, KGBS berharap indeks kes akan terus menurun terutama di Sarawak agar sesi bersemuka bersama murid dapat diteruskan sehingga penghujung sesipersek­olahan nanti.

“Sama-sama kita jaga prosedur operasi standard (SOP) dan berdoa agar apa yang kita rancang berjalan dengan lancar,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihati guru yang masih berada di luar stesen agar kembali ke stesen masingmasi­ng bagi mengelak tindakan diambil oleh majikan terhadap mereka.

“Tidak ada alasan untuk tidak kembali ke stesen bertugas masing-masing kerana banyak sudah masa diberikan untuk mereka berbuat demikian,” katanya.

Terdahulu, KPM menerusi kenyataan media mengumumka­n sesi persekolah­an secara PdPR akan diteruskan sehingga 31 Ogos depan.

Menurutnya, sekolah hanya akan dibuka secara berperingk­at-peringkat untuk sesi pembelajar­an secara bersemuka mulai 1 September.

“Ketetapan ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan institusi yang berdaftar dengan KPM,” katanya kelmarin.

 ??  ?? ZULKIFLEE
ZULKIFLEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia