Utusan Borneo (Sarawak)

Pembukaan sesi persekolah­an perlu dilakukan kerana interaksi bersemuka sangat penting

-

KUCHING: Pembukaan sesi persekolah­an perlu dilakukan kerana masa interaksi bersemuka pelajar dengan guru adalah sangat penting untuk kejayaan mereka.

Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU) Adam Prakash Abdullah berkata, pihaknya mengambil maklum tentang pengumuman Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan sesi Pengajaran dan Pembelajar­an di Rumah (PdPR) yang akan diteruskan sehingga 31 Ogos depan.

“Oleh itu, perancanga­n yang rapi dengan objektif ke arah pembukaan sekolah harus disediakan kerana penangguha­n pembukaan sesi persekolah­an hanya akan mengakibat­kan lebih ramai pelajar kita tercicir daripada pendidikan.

“(Dan) keciciran ini nanti pula akan mengakibat­kan masalah-masalah sosial yang boleh memusnahka­n masa depan anak-anak kita,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Adam berpendapa­t pengumuman itu tidak menampakka­n sebarang strategi dan prosedur operasi standard (SOP) yang jelas dan berkesan bagi memastikan sekolah akan dibuka pada 1 September nanti.

“Sekiranya hanya penggunaan laporan semasa kes sebagai petunjuk untuk sekolah kembali beroperasi seperti biasa, ia tidak menampakka­n sebarang strategi dan SOP yang jelas dan berkesan,” katanya.

Menurutnya, STU mengharapk­an agar pelajar dalam kelas peperiksaa­n awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan STPM dibenarkan kembali ke sekolah secepat mungkin.

“Ini setelah langkah keselamata­n diambil untuk memastikan kelas peperiksaa­n dapat dimulakan segera,” ujarnya.

Beliau berkata, guru mempunyai perancanga­n yang strategik bagi menyediaka­n pelajar dalam menghadapi peperiksaa­n awam SPM dan STPM.

“Perancanga­n ini akan sentiasa diganggu sekiranya KPM meneruskan amalan penangguha­n pembukaan sekolah.

“Malahan, STU juga tidak melihat setakat ini kemungkina­n sekolah akan dibuka pada 1 September nanti dan sekiranya tiada ketentuan yang jelas, mungkin tahun 2021 akan menjadi tahun PdPR sepenuh masa untuk sekolah di Malaysia,” jelasnya.

Tambahnya, guru-guru di sekolah sedang menghadapi pelbagai tekanan dan bebanan tugas dan arahan kerja daripada pelbagai pihak di samping melaksanak­an PdPR.

“STU berharap semua pihak pengurusan daripada guru besar sehingga ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) memberi sokongan moral dan motivasi kepada semua guru dalam keadaan sukar ini.

“Kita tidak memerlukan sebarang tekanan yang tidak membantu tetapi membebanka­n para guru.

“Justeru, STU amat berharap agar segala pertimbang­an yang diambil untuk kelangsung­an pendidikan di Malaysia adalah demi keberkesan­an proses pendidikan dan perolehan ilmu demi masa depan pelajar kita,” katanya.

 ??  ?? ADAM
ADAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia