Utusan Borneo (Sarawak)

Orang ramai dialu-alukan tampil menderma darah

Penderma diharap tampil setiap hari ke Tabung Darah Hospital Miri untuk menderma darah

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

Kami harap masyarakat kita akan tampil menderma darah bagi memastikan bekalan darah mencukupi untuk keperluan golongan masyarakat yang perlu.

MIRI: Orang ramai di sini dialu-alukan tampil menderma darah supaya bekalan darah Hospital Miri sentiasa berada dalam keadaan yang stabil.

Pakar Perubatan Transfusi Hospital Miri Dr Norkhazari­na Omar berkata, walaupun pihaknya mempunyai bekalan darah yang dalam keadaan memuaskan, namun beliau berharap setiap hari akan ada penderma darah sudi tampil ke Tabung Darah Hospital Miri untuk menderma darah.

“Kami harap masyarakat kita akan tampil menderma darah bagi memastikan bekalan darah mencukupi untuk keperluan golongan masyarakat yang perlu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media semasa kunjungan Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) untuk menyampaik­an sumbangan berupa makanan dan minuman kepada petugas barisan hadapan di Tabung Darah Hospital Miri kelmarin.

Dr Norkhazari­na Omar

Sementara itu, Presiden NSJA Andy Jong berkata, NSJA akan terus menghulurk­an bantuan tanggungja­wab sosialnya menerusi aktiviti tahunan, Kempen Derma Darah kepada Tabung Darah Hospital Miri bagi menampung kekurangan dan keperluan darah.

“Darah tak pernah cuti, petugas barisan hadapan di Tabung Darah Hospital Miri sentiasa berusaha berkhidmat demi masyarakat tanpa mengira hujung minggu atau hari cuti.

“Walaupun hujung minggu atau hari cuti, petugas barisan hadapan di sini tetap perlu bertugas atau terlibat dalam program derma darah bergerak untuk memastikan bekalan darah setiasa di tahap mencukupi,” ujarnya.

NSJA melalui aktiviti tanggungja­wab sosial korporat (CSR) Program Prihatin Kasih membekalka­n pek minuman dan makanan bertujuan menghargai pengorbana­n dan jasa kumpulan petugas barisan hadapan ini.

Andy berkata, dalam usaha memerangi pandemik COVID-19, program derma darah masih perlu diteruskan kerana darah tak pernah cuti dan diperlukan untuk setiap hari.

“Oleh demikian, Tabung Darah Hospital Miri mengalualu­kan kedatangan penderma darah untuk menderma darah

Pakar Perubatan Transfusi Hospital Miri tanpa mengabaika­n prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dalam norma baharu,” katanya.

Dalam tempoh tiga tahun ini, NSJA telah menganjurk­an lima kali Kempen Derma Darah dengan jumlah pendaftara­n penderma seramai 574 orang dan seramai 453 penderma berjaya menderma darah.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Dr Norkhazari­na Omar (depan tengah) menerima sumbangan berupa pek makanan dan minuman daripada NSJA.
TERIMA KASIH: Dr Norkhazari­na Omar (depan tengah) menerima sumbangan berupa pek makanan dan minuman daripada NSJA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia