Utusan Borneo (Sarawak)

Saiful Norahim dipilih menerajui PGBS sesi 2021-2023

-

SIBU: Saiful Norahim telah dipilih menerajui kepimpinan baharu Persatuan Graduan Bumiputera Sibu (PGBS) bagi sesi 2021-2023.

Pemilihan itu dibuat sebulat suara oleh ahli PGBS yang menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PGBS yang berlangsun­g Sabtu lepas secara dalam talian.

PGBS menerusi kenyataan medianya berkata, Saiful merupakan Timbalan Yang Dipertua PGBS bagi sesi sebelum ini iaitu sesi 2018-2020 dan kini dipilih sebagai Yang Dipertua PGBS bagi menggantik­an Abang Fairul Syarmil yangtidakl­agimempert­ahankan jawatan Yang Dipertua pada pemilihan kali ini.

Saifulmeru­pakanpemeg­ang Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan kini bekerja sebagai Eksekutif Pembanguna­n Pelajar di Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) di Sibu.

Beliau juga banyak menerajui beberapa gerakan pelajar dan terlibat aktif dalam beberapa NGO di Sibu.

AGM PGBS ini merupakan kali pertama dilakukan secara dalam talian ekoran kebimbanga­n keadaan pandemik yang masih belum reda pada masa sekarang.

Menerusi AGM kali ini, ahliahlite­lahdiberim­aklumanmen­genai pencalonan bagi empat jawatanuta­maiaituYan­gDipertua, Timbalan Yang Dipertua, Setiausaha dan Bendahari.

Kemudian pemilihan dibuat berdasarka­n pencalonan dan undian pada mesyuarat agung.

Seramai 89 ahli berdaftar PGBS telah dimaklumka­n dan dijemput pada Mesyuarat Agung Tahunan secara dalam talian kali ini melalui aplikasi Google Meet.

PGBS merupakan NGO yang banyak menjalanka­n aktiviti kemasyarak­atan dan pendidikan di Sibu.

PGBS diasaskan oleh Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee sejak 18 tahun lepas dan kini dilantik sebagai penaung atau penasihat.

 ??  ?? SAIFUL
SAIFUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia