Utusan Borneo (Sarawak)

Program Kolaborati­f Sentuhan Kasih JBPM dan NSJA terima sumbangan penaja

-

MIRI: Program Kolaborati­f Sentuhan Kasih Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri dan Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) menerima sumbangan daripada penaja, Tong Seng Huat Rice Trading Sdn Bhd, Tong Seng Huat Sdn Bhd, Emart Group of Companies, Syazwan Bakery Station dan The Twin Brother Patisserie.

Ketua JBPM Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata Program Sentuhan Kasih JBPM Zon 6 Miri dan NSJA akan dilaksanak­an pada hari ini (19 Julai) jam 10 pagi di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng.

“Kita akan membahagik­an kepada 10 kumpulan termasuk kumpulan daripada NSJA dan Persatuan Kebajikan Komuniti Berjasa Miri (PerKKOMB) untuk mengagihka­n bakul makanan kepada penerima yang dikenal pasti dari rumah ke rumah yang ada dalam senarai,” katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Law berkata, sebanyak 240 bakul makanan ini akan diagihkan kepada penerima yang terjejas ekoran Perintah

Kawalan Pergerakan (PKP) di kawasan Miri, Batu Niah dan Marudi.

Empat BBP di bawah seliaan JBPM Zon 6 Miri iaitu BBP Miri Sentral, BBP Lopeng, BBP Marudi dan BBP Batu Niah terlibat bersama dalam Program Sentuhan Kasih ini.

Sementara itu, Law berterima kasih kepada Tong Seng Huat Rice Trading Sdn Bhd dan Tong Seng Huat Sdn Bhd kerana menyumbang 120 pek bekalan bakul makanan dan Emart Group of Companies turut memberi sumbangan sebanyak 120 pek bakul makanan untuk diagihkan kepada golongan masyarakat yang memerlukan.

Di samping itu, Syazwan Bakery Station menyumbang 150 bungkus roti mentega susu dan kacang merah dan The Twin Brother Patisserie menyumbang 100 bungkus roti bagi menyokong Program Sentuhan Kasih ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia