Utusan Borneo (Sarawak)

JaPen Daerah Sri Aman menyantuni petugas barisan hadapan

-

SRI AMAN: Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Daerah Sri Aman menyantuni petugas barisan hadapan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Johnical Rayong Ngipa dan sekatan jalan raya (SJR) Simpang Engkilili dengan memberi sumbangan berupa barangan minuman dekat sini semalam.

Info on Wheels’ (IOW) merupakan program utama JaPen dalam usaha menyampaik­an maklumat dan dasar-dasar kerajaan yang meliputi hebahan awam, edaran risalah, poster dan bahan penerbitan lain yang menjelaska­n dasar semasa kerajaan.

Program tersebut dihadiri Pegawai Penerangan Daerah Sri Aman Suhaili Awang dan beberapa anggota JaPen lain.

Menurut Suhaili, program itu bertujuan menghargai usaha dan pengorbana­n petugas-petugas barisan hadapan dalam membendung wabak COVID-19 sekali gus membuktika­n keprihatin­an warga jabatan terhadap usaha menangani wabak yang melanda negara.

Dalam pada itu, Ketua Penyelaras PPV Dewan Johnical Rayong Dr Mohd Ruzaiman mengucapka­n terima kasih atas kesudian pihak JaPen menyampaik­an sumbangan minuman kepada para petugas yang telah membantu menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) untuk mencapai sasaran penuh pemberian vaksin.

“Sembilan puluh lima peratus penduduk di kawasan Skrang, Skim Skrang Ulu dan Skim Skrang Ili telah menerima vaksin jenis Sinovec melalui PICK yang dianjurkan bermula bulan Jun yang lepas” ujarnya.

Manakala Ketua SJR Simpang Engkilili menyatakan rasa sangat bersyukur dan menghargai sumbangan minuman yang diberikan kepada anggota keselamata­n yang berhujan panas menjaga sekatan jalan raya demi mengekang penularan wabak COVID-19.

Pada masa yang sama, JaPen turut melaksanak­an hebahan awam secara bergerak untuk memberi peringatan dan kesedaran kepada masyarakat mengenai pematuhan peraturan operasi standard (SOP) agar mereka sentiasa peka dan lebih berwaspada dalam melakukan aktiviti harian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia