Utusan Borneo (Sarawak)

Pertanding­an Maya Miss Photogenic Mas Gading Hari Sarawak Bau dan Lundu

-

KUCHING: Miss Photogenic Mas Gading 2021 untuk warga Bau dan Lundu diadakan secara dalam talian sempena sambutan Hari Sarawak, kata aktivis sosial Sarawak Voon Shiak Ni.

Tambah beliau, ia akan dimulakan pada 22 Julai ini bagi komuniti kecil dari bahagian Bau dan Lundu sebagai usaha bersama komuniti setempat untuk merayakan Hari Sarawak.

“Hari Sarawak adalah hari yang penting bagi rakyat Sarawak kerana ia menandakan berakhirny­a pemerintah­an kolonial British.

“Ia biasanya disambut dengan pertunjuka­n budaya dan persembaha­n untuk mempromosi­kan kepelbagai­an budaya dan tradisi pelbagai etnik di sini.

“Pada masa yang sama diraikan untuk mempromosi­kan kesedaran tentang sejarah lampau selain menghormat­i perjuangan dan pengorbana­n pemimpin masa lalu untuk generasi kini,” tambahnya.

Para peserta yang menyertai akan memakai pakaian tradisiona­l masing-masing.

Bagaimanap­un ia harus dipakai untuk menyokong kempen kesedaran dan menyokong usaha bersama dalam membendung penularan COVID-19 dan berkongsi mesej positif tersebut kepada ramai orang.

“Pada dasarnya ia hanya bertujuan menyuntik semangat masyarakat dalam menyebarka­n kasih sayang selain menjadi platform untuk masyarakat memerangi wabak tersebut.

“Mereka yang berminat diminta menghantar kepada pihak penganjur sekeping foto berpakaian tradisiona­l bersama satu frasa pendek tentang bagaimana mereka dapat menjaga diri untuk melindungi masyarakat daripada COVID-19,” katanya.

Tambah Voon, pemenang akan dinilai menerusi berapa banyak ‘share’ dan ‘like’ yang diperolehi mereka menerusi laman Facebook penganjur

Pertanding­an tersebut merupakan anjuran Penggerak Komuniti Negara (PKN) Cawangan Sarawak sebuah pertubuhan bukan kerajaan berasaskan komuniti melalui laman Facebook

Voon Shiak Ni yang dikenali sebagai ‘Cikgu Voon’ oleh masyarakat di Bau.

 ??  ?? SOKONG: Pengurus Syazwan Bakery Station, Junasyamim­i Julaihie (dua kiri) menyampaik­an sumbangan berupa roti bagi menyokong Program Sentuhan kasih anjuran bersama JBPM Zon 6 Miri dan NSJA.
SOKONG: Pengurus Syazwan Bakery Station, Junasyamim­i Julaihie (dua kiri) menyampaik­an sumbangan berupa roti bagi menyokong Program Sentuhan kasih anjuran bersama JBPM Zon 6 Miri dan NSJA.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia