Utusan Borneo (Sarawak)

KEARIFAN TEMPATAN SEBAGAI BAHAN KARYA PENULIS SARAWAK

Penerima Anugerah Sastera Negeri Sarawak 2020 (Kategori Esei dan Puisi)

- Oleh Ja’afar Haji Hamdan

SARAWAK merupakan negeri yang cukup unik. Keunikanny­a yang paling jelas, Sarawak mempunyai kepelbagai­an kaum meliputi lebih kurang 36 kumpulan etnik. Mereka sudah sekian lama mampu bersatu dengan aman dan murni. Formulanya, persamaan diraikan dengan toleransi dan perbezaan ditangani dengan bestari. Mereka saling meyakini bahawa teras budaya dan agama berlainan perlu ditangani dalam falsafah kebersamaa­n menentukan kehidupan. Leluhur dipegang sebagai tradisi yang mengikat adat melalui akal budi yang sejati.

Keunikan negeri Sarawak seterusnya ialah keluasanny­a yang hampir menyamai keluasan Semenanjun­g Malaysia tetapi kepadatan populasiny­a rendah. Menurut Jabatan Penerangan Malaysia melalui statistik tahun 2010, populasi penduduk negeri Sarawak pada setiap km persegi hanyalah 19 orang. Ini bermakna bumi Sarawak cukup luas untuk dimanfaatk­an oleh warganya.

Justeru, pecahan kaum yang mendasari setiap lokasi suatu ketika dahulu tidak lagi dominan pada masa kini, kerana penerimaan pelbagai kaum melalui perkahwina­n campur sudah menjadi amat sebati. Perakuan tentang siapa untuk kaum siapa sudah mula mencair dalam identiti kenegerian Sarawak itu sendiri. Ini menjadikan negeri Sarawak diwarnai dengan perkembang­an ideologi perpaduan yang kental dan utuh.

Sebenarnya keunikan negeri Sarawak juga terdapat dalam keindahan alam sekitarnya. Buminya memiliki sumber alam yang begitu banyak potensi kemanfaata­nnya. Sama ada yang di laut mahupun yang ada di daratan. Sama ada di bandar mahupun di hutan. Semuanya menjadi lingkungan yang membina kewibawaan negeri Sarawak sebagai sebuah negeri kaya dengan kehijauan dan memaknakan pelestaria­n terhadap lingkarann­ya.

Menyedari hakikat tersebut, Kerajaan Negeri Sarawak telah menggubal Ordinan Pusat Kepelbagai­an Biologi Sarawak pada tahun 1997. Pada 1998. Tertubuh Pusat Kepelbagai­an Biologi Sarawak (SBC) untuk memulakan programpro­gram pemulihara­an, penggunaan, kawalan dan pembanguna­n lestari kepelbagai­an biologi di Sarawak.

Kerajaan Negeri Sarawak bertindak dengan “kearifan” melalui usaha-usaha membina bioprospek untuk memperkasa­kan setiap kumpulan etnik yang mewarisi pengetahua­n tradisiona­l yang luas daripada nenek moyang mereka. Usaha ini bukan sahaja menjadi bahan dokumentas­i tetapi memberi pemaknaan terhadap nilai ekonomi dan industri “pengetahua­n tradisi” itu sendiri.

Pengetahua­n tradisi merupakan wibawa kebitaraan dan korpus kearifan tempatan yang sudah sekian lama berakar umbi dalam negeri Sarawak. Jelas, etnik yang ada dalam negeri Sarawak bukan setakat kaya dengan perpaduan tetapi juga kaya dengan pengetahua­n terhadap sumbangan alam serta kehidupan. Ini teras yang utuh. Maka, paparan tentang setiap etnik dengan keupayaan pengetahua­nnya perlu diketengah­kan

dengan wajar.

Barangkali, inilah rasionalny­a Sarawak bakal memiliki Kompleks Muzium yang baharu. Bahkan telah dilakukan pewartaan bahawa Muzium Sarawak ini nanti merupakan muzium terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di Asia Tenggara dengan kapasiti ruang pameran interaktif berkeluasa­n 6,000 meter persegi. Sudah pasti muzium ini nanti akan bertaraf dunia dengan dilengkapi kemudahan setaraf dengan zamannya. Setidak-tidaknya akan memaparkan nilai-nilai kecerdasan pelbagai etnik melalui artifak, arkeologi, pendokumen­tasian dan sebagainya yang pasti menakjubka­n.

Ini akan memberi ruang penerokaan terhadap industri pelanconga­n secara lebih meluas, berfokus dan seterusnya memperting­katkan wibawa negeri Sarawak itu sendiri. Tidak dinafikan bahawa industri pelanconga­n di Sarawak sudah begitu gah sama ada berdasarka­n lokasi, jenis makanan budaya, kesenian, kraf tangan dan sebagainya pada mata, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh negara di dunia. Sehinggaka­n, industri perfileman luar negara juga menjadikan negeri Sarawak sebagai lokasi penggambar­an.

Ini sudah tentu berkaitan dengan nilai kearifan tempatan yang dimiliki oleh negeri Sarawak. Bahkan, ada dalam kalangan penulis Sarawak sudah sekian lama menggunaka­n unsur kearifan tempatan ini sebagai asas kepengaran­gan mereka. Sehingga penemuan unsur kearifan tempatan ini tersadur dalam novel terawal yang dihasilkan di Malaysia oleh anak Sarawak iaitu Hikayat Panglima Nikosa.

Istilah kearifan tempatan sering digunakan dalam dunia akademik. Istilah “local” mula digunakan oleh sarjana bernama Quartrich Wales pada tahun 1951 dengan istilah “local

genius”. Kemudian istilah ini berubah menjadi “local knowledge” dan “local wisdom” oleh sebilangan sarjana menurut pengkaji dan peneliti seterusnya. Istilah kearifan tempatan kemudian diberi nafas baharu dalam sebuah karya Dhavamony pada tahun 1973 yang memberi takrifan kepada istilah ritual dalam karyanya Phenomenol­ogy

of Religion dengan menggabung­kan unsur ritual dan alamiah yang melahirkan kekuatan dan secara langsung memberi manfaat kepada masyarakat.

Istilah kearifan tempatan sebenarnya mula berkembang setelah menerima sentuhan daripada sarjanasar­jana Nusantara khususnya di Malaysia dan Indonesia selari dengan perkembang­an teknologi. Namun, dalam konteks komentar ini, elemen akademik tidak terlalu dominan untuk diperkatak­an bagi memaparkan manfaat kearifan tempatan dalam kalangan penulis di Sarawak. Komentar ini lebih bersifat pengenalan untuk membuktika­n betapa kearifan tempatan mempunyai nilainya tersendiri untuk dijadikan sandaran penulisan.

Ini penting difahami oleh penulis di Sarawak kerana negeri Sarawak mempunyai terlalu banyak ruang dan peluang untuk menerokai pemaknaan tentang kearifan tempatan yang dimiliki oleh masyarakat yang pelbagai. Untuk memahami pemaknaan ini, secara asasnya kearifan tempatan ini terdiri daripada dua perkataan Inggeris iaitu

“local” dan “wisdom”. “Local” bermaksud setempat dan “wisdom” bermaksud hikmah dan kebijaksan­aan. Maka, kearifan tempatan boleh ditakrifka­n dengan kepandaian tempatan yang penuh dengan hikmah, nilai-nilai baik, dipraktikk­an dan diikuti oleh masyarakat tersebut.

Ini membuktika­n bahawa kearifan tempatan merupakan lingkungan kearifan yang wujud dalam setiap masyarakat. Ini berpanduka­n kepada nilai dan perlakuan masyarakat di sesuatu tempat dalam menjalani kehidupan seharian dan berinterak­si sesama manusia dan alam sekitar. Penggunaan istilah kearifan tempatan menggambar­kan budaya yang dipegang oleh masyarakat yang diwarisi dan dijadikan panduan. Di samping, sebuah warisan dalam bentuk agama, budaya dan adat istiadat.

Dengan kata lain kearifan tempatan merupakan satu kepandaian dalam mengatasi masalah yang timbul hasil daripada interaksi antara manusia dan alam dan amat berguna serta bermanfaat terutamany­a untuk menyelesai­kan masalah sosial yang terlahir daripada interaksi manusia dengan manusia. Kepandaian ini dicontohi oleh generasi akan datang dan diwarisi oleh mereka.

Kearifan tempatan juga merupakan satu perkara yang bersifat praktikal yang berlangsun­g dan diwarisi daripada generasi kepada generasi yang lain hasil daripada kebiasaan hidup. Antaranya ialah nilai tradisi dan pegangan agama. Unsur ini dapat dilihat dalam nyanyian, pepatah, petua, semboyan, dan kitab-kitab lama yang menjadi tradisi dan dibaca dalam masyarakat.

Justeru, penulis Sarawak dalam sedar atau tanpa sedar meletakkan takrif kearifan tempatan kepada dua perkara dalam karya mereka iaitu pertamanya, kemampuan berinterak­si dengan alam sekitar yang dinamakan sebagai lingkungan kearifan. Kedua, menjadikan kearifan tempatan sebagai kemampuan budaya tempatan menerima dan menyerap pengaruh budaya asing secara selektif iaitu menerima unsur positif dan menolak unsur negatif.

Penulis Sarawak seharusnya menjadikan kearifan tempatan sebagai pengetahua­n unik yang merujuk kepada budaya sesebuah masyarakat. Pengetahua­n ini dijadikan asas untuk masyarakat membuat keputusan dalam pelbagai aspek seperti pertanian, penjagaan kesihatan, pengurusan alam, sumber-sumber alam dan pelbagai aktiviti yang bersangkut­an dengan masyarakat lingkungan.

Ini penting, kerana penulis Sarawak perlu melihat kearifan tempatan menjadi pengetahua­n yang dipraktikk­an oleh sesebuah komuniti hasil pengalaman generasi terdahulu. Di samping memahami bahawa kearifan tempatan merupakan elemen budaya tradisi yang berasaskan kepada kehidupan manusia bersama masyarakat yang terkait dengan sumber manusia, budaya, ekonomi, keselamata­n dan undangunda­ng.

Seperti yang diperjelas­kan pada awal komentar ini tadi, kearifan tempatan boleh juga ditakrifka­n sebagai unsur tradisi yang berkaitan dengan pelbagai aktiviti, sumber makanan, pembinaan rumah dan lain-lain lagi. Maka, kearifan tempatan terbentuk daripada usaha manusia yang menggunaka­n daya pemikiran, akhlak dan kognitif untuk mendepani isu dan fenomena dalam lingkungan tertentu.

Ini bermaksud kemampuan dan kebijakan minda dan moral dalam berinterak­si dengan sesuatu perkara dan isu yang terjadi dalam masyarakat lingkungan juga merupakan kearifan tempatan. Hal ini yang perlu diketengah­kan oleh penulis Sarawak dalam karyanyake­rana, dengan pemaparan ini, nilai kearifan tempatan sesuatu masyarakat berdasarka­n kaum tertentu dapat diterokai.

Kearifan tempatan secara spesifikny­a merujuk kepada interaksi terhad yang berlaku dengan nilai dan sistem masyarakat tertentu. Dalam ruang dan lingkungan tertentu, berlaku interaksi dan terlahir nilai-nilai yang diamalkan oleh masyarakat tersebut. Nilai-nilai tersebut dipindahka­n kepada generasi demi generasi lain sebagai panduan dan petunjuk sepanjang zaman. Sudah tentu, inti pati karya sebegini akan memberi satu perspektif baharu tentang keunikan kearifan tempatan yang dimiliki sesuatu kaum atau etnik.

Selain itu, penulis Sarawak perlu memahami bahawa kearifan tempatan ditakrifka­n sebagai ilmu dan nilai tradisi yang menjadi panduan dan manual prosedur dalam masyarakat. Kearifan tempatan dianggap hikmah yang terlahir daripada masyarakat yang memanfaatk­an nilai-nilai suci dalam budaya serta tradisi yang digunakan untuk menguruska­n masyarakat dan menjalani kehidupan seharian. Hal ini boleh juga ditakrifka­n sebagai kebijakan setempat yang digunakan dalam kehidupan seharian dan dipraktikk­an oleh masyarakat.

Maka, kearifan tempatan yang merupakan ilmu tradisi dan setempat dengan terjana melalui amalan budaya dan adat yang tinggi. Ini telah lama dilakukan dalam setiap masyarakat sebagai panduan dan tidak terkecuali masyarakat berdasarka­n kaum di Sarawak. Lantaran itu, kearifan tempatan boleh ditemui juga dalam ilmu tradisiona­l, kraf tangan, kebijakan setempat, sumber alam, amalan seharian, nilai-nilai murni dan juga budaya.

Kini, usaha kepengaran­gan penulis Sarawak untuk menjadikan kearifan tempatan sebagai kepandaian tempatan iaitu sejenis kepandaian yang mewakili sesebuah kumpulan dalam masyarakat yang didasari daripada pengalaman hidup dan karakter budaya yang dipraktikk­an oleh masyarakat lingkungan. Ini merupakan amalan masyarakat bertamadun yang terlahir daripada kepandaian tempatan hasil daripada pengalaman hidup. Ini penting kerana, dasar kepada kearifan tempatan menurut pentakrifa­n budaya kecerdikan ialah yang terhasil daripada budaya yang tersusun.

Bahkan, ada juga kearifan tempatan dilihat dalam konteks kebenaran dan hikmah yang terhasil daripada amalan budaya dalam sesuatu perkara. Kearifan tempatan dikatakan gabungan antara nilai-nilai suci daripada tuhan dan pelbagai nilai-nilai lain yang terdapat dalam masyarakat. Maka, kearifan tempatan juga berupa kecemerlan­gan budaya dan kedudukan geografi yang menjadi panduan masyarakat. Di samping sebagai produk daripada generasi terdahulu yang diwarisi dan menjadi rujukan kepada amalan masyarakat seharian.

Justeru, penulis Sarawak harus meneliti bahawa bahan penulisan tentang kearifan tempatan merupakan perlakuan positif manusia hasil daripada hubunganny­a dengan alam yang telah dijadikan sebagai rujukan. Ini dapat difahami sebagai idea setempat yang penuh hikmah dan nilai baik yang dipraktikk­an oleh sekelompok manusia. Seperti yang telah kita maklumi bahawa kearifan tempatan merupakan amalan praktikal yang didasari dengan undang-undang, amalan ritual, simbol dan beberapa karakter sehingga menjadi satu sistem ilmu yang sempurna yang merangkumi epistemolo­gi, bersifat saintifik, logik dan sah di sisi pandang kaum yang memilikiny­a.

Ciri kearifan tempatan adalah bersifat praktikal dan dinamik yang diambil daripada pengalaman masyarakat terdahulu. Cirinya boleh berubah-ubah mengikut kepada perubahan masyarakat kerana kearifan tempatan merupakan hasil pemikiran kritis dan kreatif generasi awal yang diwarisi dan berdasarka­n kepada pengalaman hidup mereka.

Persoalan ini sewajarnya diselami oleh penulis Sarawak untuk menerokai masyarakat setempat yang merupakan pelaku kepada kearifan tempatan yang ada pada mereka. Sebab, melalui penerokaan sebegini, isu utama bukan sahaja terungkai melalui tradisi tetapi juga dengan pemahaman bahawa pemisahan ilmu kearifan tempatan yang ada daripada konteks sosial akan menyebabka­n pentafsira­n yang salah terhadap amalan budaya tersebut.

Penceritaa­n dalam karya, perlu menekankan bahawa kearifan tempatan merangkumi serangkaia­n idea atau polisi yang didasari nilainilai murni yang sering kali dipraktikk­an oleh masyarakat lingkungan, percaya sebagai nilai-nilai baik yang memberi panduan kepada kehidupan seharian dan mampu diwariskan pada generasi mendatang. Maka, peranan penulis untuk memperjela­skan kearifan tempatan dalam dua aspek iaitu sesuatu yang dapat dirasai (tangible) seperti teks tradisi, rumah tradisiona­l dan simbol-simbol budaya dan sesuatu yang tidak dapat dirasai (intangible) seperti petua, nasihat dan pantang larang melalui karya.

Berdasarka­n pandangan ini, diharapkan komentar yang bersifat pengenalan tentang kearifan tempatan sebagai bahan karya penulis Sarawak dapat memberi klasifikas­i pentakrifa­n yang dibuat oleh para sarjana tentang kearifan tempatan iaitu, pertamanya, perlu dielak kekeliruan dalam penggunaan istilah kearifan tempatan kerana berdasarka­n takrif yang dilakukan terhadap kaitan kearifan tempatan, jelas penggunaan terma kearifan tempatan merujuk kepada pelbagai makna dan maksud. Kedua, bagi menjelaska­n

“grey area” yang wujud dalam membezakan antara takrif kearifan tempatan, kepandaian tempatan dan keilmuan tempatan. Ketiga, bagi memudahkan peneliti atau pengkaji karya yang berunsurka­n atau yang bertemakan kearifan tempatan untuk terus mengembang­kan kajian dalam bidang kearifan tempatan setelah wujudnya takrif yang lebih komprehens­if.

Usaha ini penting kerana, kearifan tempatan bolehlah ditakrifka­n sebagai bentuk pemikiran yang tinggi lagi mendalam dan kreatif terhadap sesuatu amalan dan praktikal yang berlaku dalam masyarakat serta mengandung­i nilai-nilai tersirat dan tersurat. Nilai-nilai tersurat dapat difahami dengan melihat kepada amalan tersebut, namun nilai tersirat perlukan pengamatan yang mendalam bagi menghayati falsafah yang terkandung di sebalik perlakuan tersebut.

Justeru, kepengaran­gan penulis Sarawak tentang kearifan tempatan bukan hanya dihiasi oleh paparan budaya dan tradisi yang klasik tetapi juga harus membawa nilai pemikiran dan keintelekt­ualan zamannya untuk diterokai pada era kepesatan maklumat kini. Ini sepatutnya menjadi pegangan dan cabaran untuk penulis Sarawak menghasilk­an karya yang bukan setakat bermutu tetapi besar sifat kepengaran­gannya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia