Utusan Borneo (Sarawak)

Jumlah kehadiran ahli Parlimen diputuskan minggu depan

Ia akan dibincang dengan ketua whip parti politik masing-masing

-

JOHOR BAHRU: Keputusan sama ada mengehadka­n hanya 80 ahli Parlimen untuk berada dalam Dewan Rakyat seperti yang dibuat pada persidanga­n sebelum ini, akan diputuskan pada minggu depan sebelum persidanga­n khas dewan bermula 26 Julai ini.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, perkara itu akan dibincangk­an dengan ketua-ketua whip yang mewakili parti politik masing-masing.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat berkata, ia sebagai langkah untuk mencegah penularan COVID-19.

“Setiap menteri dan timbalan menteri juga akan dihadkan membawa staf mungkin dua atau tiga orang dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat termasuk melakukan ujian saringan COVID-19 terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Jelajah Vaksin Bergerak Prihatin Johor di Dewan Serbaguna Sri Stulang, di sini semalam.

Dalam persidanga­n dewan sebelum ini hanya 80 ahli Parlimen - 41 daripada pihak kerajaan serta 39 pembangkan­g dan Bebas dibenar menghadiri persidanga­n, namun kesemua ahli Parlimen boleh memasuki dewan ketika sesi pengundian.

Mohd Rashid juga berharap semua yang terlibat dengan persidanga­n Dewan Rakyat dapat mematuhi SOP susulan situasi COVID-19 yang mencatatka­n lima angka kes positif pada masa ini.

Persidanga­n khas Dewan Rakyat akan diadakan selama lima hari mulai 26 Julai ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan sebelum ini menyebut sidang khas Parlimen itu bertujuan memberi penerangan kepada ahli-ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara dan meminda semua perundanga­n dan peraturan bagi membolehka­n persidanga­n Parlimen diadakan secara hibrid.

Pejabat Perdana Menteri juga memaklumka­n berdasarka­n Fasal (3) Perkara 150 Perlembaga­an Persekutua­n semua proklamasi darurat dan ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong akan dibentangk­an. — Bernama

“Setiap menteri dan timbalan menteri juga akan dihadkan membawa staf mungkin dua atau tiga orang dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat termasuk melakukan ujian saringan COVID-19 terlebih dahulu. ”

Datuk Mohd Rashid Hasnon Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia