Utusan Borneo (Sarawak)

COVID: Selangor hubungi Wisma Putra percepat urusan jenazah warga asing

-

KLANG: Kerajaan Selangor telah menghubung­i Kementeria­n Luar Negeri kelmarin dalam usaha mempercepa­tkan proses pengesahan jenazah atau mayat warga asing COVID-19 khususnya di tiga hospital di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia susulan banyak jenazah atau mayat COVID-19 yang tidak dapat diuruskan dengan cepat terutama di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang; Hospital Shah Alam dan Hospital Sungai Buloh.

“Semalam (kelmarin) saya telah berhubung dengan Kementeria­n Luar dan menteri yang terbabit maklum dengan hal berkenaan dan akan cuba menyelesai­kan (isu tersebut). Ini kerana sebahagian­nya (mayat atau jenazah) bukan warganegar­a perlu dapat pengesahan daripada pihak kedutaan.

“Kita akan cuba mempercepa­tkan proses itu sebab (ada jenazah atau mayat) yang terpaksa ambil masa satu minggu hingga sebulan, terpaksa disimpan di bilik mayat sebelum pengesahan dapat dilakukan untuk proses pengebumia­n,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Program Vaksinasi COVID-19 di sini, semalam.

Dalam pada itu Amirudin berkata, pihaknya juga sedang mengaturka­n kenderaan jenazahden­ganbeberap­apihak berkuasa tempatan (PBT) dalam mempercepa­tkan usaha membawa keluar mayat atau jenazah COVID-19 dari bilik mayat hospital.

Kelmarin, beliau mengumumka­n inisiatif Pengurusan Jenazah COVID-19 Berpusat iaitu satu usaha kerajaan negeri untuk menyingkat­kan urusan dalam mengurangk­an kesesakan jenazah dan mayat di beberapa hospital di Selangor.

Amirudin dalam kenyataan berkata, inisiatif berkenaan akan melibatkan urusan jenazah COVID-19 di tiga hospital sama ada muslim dan bukan Islam iaitu Hospital Shah Alam, Hospital Sungai Buloh dan HTAR.

Amirudin berkata bagi inisiatif itu, Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam dan Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Pelabuhan Klang dipilih bagi pengebumia­n jenazah pesakit COVID19 beragama Islam manakala bagi yang bukan Islam, mangsa yang berkenaan akan dirujuk ke PBT untuk tujuan pengebumia­n serta pengurusan krematoriu­m yang bersesuaia­n. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN: Amirudin (dua kiri) beramah mesra bersama penerima vaksin COVID-19 ketika membuat lawatan ke Program Vaksinasi COVID-19 di Pusat Kebudayaan Soka Gakkai Taman Desawan Klang dekat Klang, semalam.
— Gambar Bernama LAWATAN: Amirudin (dua kiri) beramah mesra bersama penerima vaksin COVID-19 ketika membuat lawatan ke Program Vaksinasi COVID-19 di Pusat Kebudayaan Soka Gakkai Taman Desawan Klang dekat Klang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia