Utusan Borneo (Sarawak)

Azizulhasn­i, lima doktor dikurnia gelaran ‘datuk’

-

KUALATEREN­GGANU: Pelumba basikal negara, Mohd Azizulhasn­i Awang dan lima doktor termasuk Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus dikurniaka­n Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Setiausaha Dewan Pangkuan Diraja Terengganu Datuk Isa @ Ghazali Endut dalam satu kenyataan semalam berkata, pengurniaa­n Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri

Terengganu oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bagi tahun 2021 itu berkuat kuasa mulai semalam.

Empat lagi doktor yang dianugerah­kan D.P.M.T ialah Pakar Perunding Perubatan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Dr Ahmad Kashfi Ab Rahman, Pakar Perunding Anesthesio­logi & Intensivis­t HSNZ Dr Mohd Ridhwan Mohd Noor, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Kasemani Embong dan Ketua Penolong Pengarah

Kanan (Primer)/Ketua Bilik CPRC COVID-19 Pejabat Kesihatan Negeri Terengganu Dr Hasnan Arwit @ Hassan.

Sultan Terengganu juga berkenan menganuger­ahkan Darjah Kebesaran D.P.M.T itu kepada empat lagi individu iaitu Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Diraja Sultan Mizan Azri Sani Mazlan, Pengerusi Eksekutif Hours Intertrade (M) Sdn Bhd Md Nor Ismail, Ahli Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu Mohamad Zahari Harun serta Pengarah Urusan Arup Jururundin­g Sdn Bhd Ir Wan Anuar Wan Endut.

Selain itu, Sultan Mizan turut mengurniak­an Darjah Kebesaran Setia Mahkota Terengganu (S.M.T.) kepada empat lagi doktor iaitu Pakar Patologi HSNZ Dr Fatimah Haslina Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Primer)/Ketua Bilik CPRC Pejabat Kesihatan Negeri Terengganu Dr Azmani Wahab, Timbalan Pengarah Kesihatan (Perubatan) Dr Saifur Rahman Muhammad dan Pengarah Hospital Hulu Terengganu Dr Mohamad Yurzi Mat Rani @ Ghani.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali turut dikurniaka­n Darjah Kebesaran Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z.) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’.

Isa berkata Istiadat Pengurniaa­n Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Tahun 2021 itu akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia