Utusan Borneo (Sarawak)

Vaksin: Sektor pengangkut­an sasar 107,000 pekerja barisan hadapan

-

BATU PAHAT: Seramai 107,000 pekerja barisan hadapan dalam sektor pengangkut­an dijangka menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 sebelum akhir Ogos ini.

Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, sasaran itu merangkumi ketiga-tiga sektor pengangkut­an iaitu darat, laut dan udara.

Beliau berkata, antara diberi keutamaan adalah pekerja di kawasan lapangan terbang, pelabuhan dan depoh Syarikat Prasarana Negara Bhd, yang mengurus rangkaian pengangkut­an awam seperti bas dan rel.

“Bagaimanap­un, jumlah ini tidak termasuk pemandu teksi dan e-hailing serta phailing yang akan mendapat suntikan di pusat pemberian vaksin (PPV) komuniti setempat. “Kita mempunyai senarai nama mereka ini, walaupun mereka akan mendapatka­n suntikan di PPV komuniti setempat, kita juga akan membantu mereka mendapatka­n suntikan segera,” katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi hari pertama PPV Integrasi Che Ann Khor, Yong Peng, dekat sini semalam.

Wee berkata, pihaknya ada berbincang dengan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin sebelum ini untuk memvaksink­an 250,000 petugas dan mereka yang terlibat dalam sektor pengangkut­an di negara ini.

Mengenai PPV Integrasi Che Ann Khor itu, Ahli Parlimen Ayer Hitam itu berkata, ia akan dibuka selama enam minggu dengan memfokuska­n pemberian vaksin COVID-19 kepada penduduk sekitar parlimen itu terutamany­a golongan warga emas.

PPV itu mampu memberikan suntikan vaksin COVID19 kepada 2,000 individu sehari dan bagi hari ini, seramai 998 individu dijadualka­n menerima vaksin tersebut.

 ?? — Gambar Bernama ?? APA KHABAR?: Wee (kanan) beramah mesra dengan warga emas Jawiah Hajinor, 97, (bekerusi roda) yang selesai mendapatka­n suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Che Ann Khor, di Yong Peng dekat dekat Batu Pahat, semalam.
— Gambar Bernama APA KHABAR?: Wee (kanan) beramah mesra dengan warga emas Jawiah Hajinor, 97, (bekerusi roda) yang selesai mendapatka­n suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Che Ann Khor, di Yong Peng dekat dekat Batu Pahat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia