Utusan Borneo (Sarawak)

Empat orang ditembak di luar stadium besbol Washington

-

WASHINGTON: Empat orang ditembak di luar stadium besbol yang sesak dengan beribu-ribu penonton di ibu negara Amerika Syarikat (AS) kelmarin, menyebabka­n permainan dihentikan secara mengejut apabila penonton dibawa keluar.

Polis berkata, empat orang telah ditembak namun tiada ancaman berterusan, tanpa menjelaska­n keadaan mangsa tembakan.

Pihak polis menulis ciapan bahawa pegawai sedang bertindak balas terhadap satu kejadian tembakan di mana dua orang ditembak di luar Stadium Nationals Park di kejiranan Navy Yard selatan Washington, DC.

Tidak lama selepas itu, mereka menjelaska­n dua lagi mangsa yang berkaitan dengan kejadian tersebut telah dibawa ke hospital untuk rawatan bagi kecederaan akibat tembakan.

"Ini kini merupakan siasatan aktif dan nampaknya tiada ancaman berterusan buat masa ini," tambahnya.

Dua wartawan AFP yang berada di tempat kejadian menjelaska­n, beberapa penonton bergegas keluar selepas mendengar tembakan, manakala yang lain kekal di tempat duduk mereka pada pengumuman awal.

Pemain bergegas keluar padang lalu permainan dihentikan selepas belasan das tembakan kedengaran dari luar stadium.

Lampu-lampu kereta polis dinyalakan di jalan dan siren kedengaran sebelum orang ramai yang menghadiri­perlawanan­antara Washington Nationals dan San Diego Padres itu diminta meninggalk­an stadium.

Beberapa minit selepas insiden tersebut, akaun rasmi Washington Nationals menulis ciapan bahawa kejadian tembakan telah dilaporkan di luar Pintu Pangkalan Tiga di Stadium Nationals Park dan menggalakk­an penonton untuk bersurai. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GEMPAR: Jabatan Polis Metropolit­an Washington menjalanka­n siasatan di tempat kejadian di luar Pintu Pangkalan Tiga Stadium Nationals Park di Washington DC, kelmarin.
— Gambar AFP GEMPAR: Jabatan Polis Metropolit­an Washington menjalanka­n siasatan di tempat kejadian di luar Pintu Pangkalan Tiga Stadium Nationals Park di Washington DC, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia