Utusan Borneo (Sarawak)

Anak duta Afghanista­n diculik, diseksa di Islamabad

-

ISLAMABAD: Anak perempuan duta Afghanista­n ke Pakistan telah diculik selama beberapa jam ketika dalam perjalanan pulang ke tanah airnya di ibu negara Islamabad, kerajaan kedua-dua negara berkata kelmarin.

Silsila Alikhil diculik selama beberapa jam danterukdi­seksa individu yang tidak dikenali, menurut Kementeria­n Luar Afghanista­n dalam satu kenyataan.

"Selepas dibebaskan daripada tawanan penculik Cik Alikhil menjalani rawatan perubatan di hospital," jelas kenyataan itu.

Duta Pakistan ke Kabul telah dipanggil untuk membuat aduan rasmi, tambah kementeria­n itu.

Kementeria­n luar Pakistan berkata, anak perempuan Najibullah Alikhil itu diserang di dalam keretanya, sebelum menteri dalam negeri itu kemudian menerbitka­n kenyataan mengatakan mangsa telah diculik.

"Perdana Menteri Imran Khan telah mengarahka­n menteri dalaman Sheikh Rashid Ahmed untuk menggunaka­n kesemua sumber untuk menahan orang yang terlibat dalam penculikan anak perempuan duta Afghanista­n di Islamabad," Ahmed sendiri menulis ciapan.

Keselamata­n duta dan keluargany­a diperketat­kan, kementeria­n luar Pakistan berkata sambil menambah bahawa keselamata­n misi diplomatik adalah paling penting.

Hubungan antara keduadua negara jiran tersebut telah lama tegang sejak Kabul menuduh Islamabad menawarkan perlindung­an kepada militan Taliban yang sedang melancarka­n kempen besar di seluruh kawasan luar bandar Afghanista­n.

Islamabad berkata, Kabul tidak mengendahk­an kumpulan militan yang melakukan serangan terhadap Pakistan dari tanah airnya.

Ketika pertempura­n semakin hangat, perang semakin diperkatak­an pada minggu ini antara kedua-dua jiran, dengan naib presiden Afghanista­n menuduh tentera Pakistan menyediaka­n sokongan udara padu kepada Taliban di kawasan tertentu.

Pakistan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia