Utusan Borneo (Sarawak)

Menteri kesihatan Britain dijangkiti COVID-19

-

LONDON: Setiausaha Kesihatan Britain Sajid Javid kelmarin berkata beliau telah disahkan positif COVID-19 dan sedang menjalani kuarantin, ketika kerajaanny­a bersedia untuk melucutkan kebanyakan sekatan pandemik di England.

Di bawah peraturan kerajaanny­a, Javid kini dikehendak­i mengasingk­an diri selama 10 hari melainkan ujian PCR kembali negatif dan beliau tidak lagi mempunyai gejala.

Mana-mana kontak rapat beliau termasuk mereka yang lain dalam kerajaan, perlu mengasingk­an diri juga sekiranya menerima arahan daripada Perkhidmat­an Kesihatan Negara (NHS).

Javid dilaporkan berada di 10 Downing Street pada Jumaat, tetapi tiada komen daripada jurucakap sama ada beliau bersemuka dengan Perdana Menteri Boris Johnson yang hampir maut akibat COVID-19 tahun lepas.

Javid juga tampil bersama menteri-menteri di parlimen minggu lepas dan sumber kerajaan memberitah­u akhbar The Telegraph: "Saya tidak faham mengapa separuh kabinet tidak berada dalam pengasinga­n menjelang akhir minggu ini."

Javid hanya mula bertugas sejak 26 Jun, apabila bekas setiausaha kesihatan Matt Hancock meletak jawatan berikutan pendedahan beliau telah melanggar perintah kawalan COVID-19 semasa berurusan dengan seorang pembantu rapat.

Selepas berasa kurang sihat kata Javid, beliau telah menjalani ujian pagi kelmarin dan mendapat keputusan positif, justeru beliau kini menunggu keputusan ujian PCR pengesahan.

Namun beliau menegaskan beliau telah menerima keduadua dos vaksin COVID dan gejalanya sangat ringan.

Javid berkata, mana-mana orang awam yang berasakan gejala juga patut menjalani ujian.

"Jika semua orang memainkan peranan mereka, anda bukan sahaja melindungi diri anda dan orang tersayang, tetapi anda juga menjaga keselamata­n NHS serta membantu memelihara cara hidup kita," katanya.

Walau bagaimanap­un, dengan kes-kes COVID-19 sekali lagi melonjak, ramai saintis menjelaska­n kerajaan membahayak­an NHS dengan rancangann­ya hari ini untuk melucutkan kebanyakan undang-undang sekatan pandemik di England.

Buat pertama kalinya sejak pertengaha­n Januari, jangkitan harian COVID Britain kini melebihi 50,000, dan Javid telah memberi amaran angka itu boleh berganda pada mingguming­gu akan datang.

Namun kerajaan menegaskan bahawa setelah dua pertiga penduduk dewasa kini telah divaksin sepenuhnya, risiko boleh ditangani dan Isnin telah digelar 'hari kebebasan' oleh kebanyakan media UK.

Munira Wilson, jurucakap kesihatan untuk parti pembangkan­g Demokrat Liberal, berkata keputusan ujian Javid menunjukka­n tiada sesiapa terselamat daripada virus maut ini.

Menggesa kerajaan untuk memikirkan semula rancangan melulunya untuk Isnin,beliauberk­ata: "Dengan melonggark­an semua sekatan sementara kes-kes sedang melonjak, mereka sedang menjalanka­n uji kaji ke atas kehidupan rakyat."

 ?? — Gambar AFP ?? SAKIT: Gambar fail 28 Jun lalu menunjukka­n Javid meninggalk­an kediamanny­a di barat daya London.
— Gambar AFP SAKIT: Gambar fail 28 Jun lalu menunjukka­n Javid meninggalk­an kediamanny­a di barat daya London.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia