Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga maut kebakaran di Marseille

-

MARSEILLE: Tiga lelaki maut di bandar selatan Perancis Marseille kelmarin setelah kebakaran tercetus di sebuah bangunan perumahan awam yang dihuni separa setinggan, kata pihak berkuasa.

Seorang kanak-kanak berusia dua tahun dan seorang dewasa juga cedera parah dalam kebakaran bangunan tersebut yang majoritiny­a dihuni pendatang dari Nigeria, kata sumber kehakiman sambil menambah bahawa ketigatiga mangsa maut itu ialah pendatang asing tanpa izin.

Pendakwa Raya Marseille Dominique Laurens berkata, terdapat bukti sekurang kurangnya dua punca kebakaran itu masing-masing di tingkat enam dan di tangga, mencadangk­an kebakaran dimulakan dengan sengaja.

Tiga lelaki yang maut, kesemua warga Nigeria berusia 20 hingga 30 tahun, adalah antara lima orang yang melompat dari tingkap tingkat 10 yang terbakar, mencadangk­an mereka panik melulu setelah melihat tangga terbakar, kata Laurens.

Kain yang diikat masih tergantung dari beberapa tingkap kelmarin menandakan betapa terdesakny­a penduduk setelah melihat kebakaran itu tatkala beberapa penduduk tempatan berkumpul di luar blok tersebut di mana ketegangan sering timbul antara penduduk setinggan dan pengedar dadah.

"Peniaga menakutkan kami, mereka mempunyai senjata dan tidak membenarka­n kami tidur," Azeke Endurance, 30, memberitah­u AFP di luar bangunan pangsapuri itu.

"Terdapat pusat urusan dadah yang terkenal di sini dan terdapat ketegangan antara penduduk dan penjual," ketua polis Frederique Camilleri memberitah­u, manakala pendakwa raya Laurens berkata senarai harga dadah yang berbeza terselindu­ng pada dinding di tangga.

Dewan bandaraya Marseille berkata lewat kelmarin bahawa 91 orang termasuk 28 wanita dan 27 kanakkanak sedang ditempatka­n sementara di gimnasium.

Pemilik bangunan 13 Habitat yang menguruska­n rantaian perumahan awam di rantau itu berkata, bangunan tersebut antara bangunan yang berada dalam senarai untuk dirobohkan.

"Sekiranya punca kebakaran masih belum ditentukan, apa yang jelas ialah keadaan setinggan yang tidak dapat didiami di sini dan di blok perumahan awam lain Marseille mewujudkan situasi berbahaya dan risiko yang serius untuk semua orang," kata timbalan datuk bandar Marseille Samia Ghali.

Ahli politik Marseille berdepan tuduhan mengabaika­n amaran tentang perumahan yang tidak selamat pada 2018, mengakibat­kan lapan orang terbunuh apabila dua bangunan runtuh di pusat bandar.

 ?? — Gambar AFP ?? TRAGEDI: Kain cadar yang diikat menjadi tali digunakan penghuni untuk menuruni bangunan ketika kebakaran di Les Flamants, daerah miskin di Marseille, selatan Perancis kelmarin.
— Gambar AFP TRAGEDI: Kain cadar yang diikat menjadi tali digunakan penghuni untuk menuruni bangunan ketika kebakaran di Les Flamants, daerah miskin di Marseille, selatan Perancis kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia