Utusan Borneo (Sarawak)

Dokumentar­i Masjid Al-Ghazali, wakaf ikhlas mangsa tragedi MH17, Aidiladha ini di RTM

-

PERISTIWA sedih melibatkan mangsa tragedi MH17 masih dikenang sehingga kini dan akan selamanya tersimpan dalam lipatan memori seluruh rakyat Malaysia. Apatah lagi bagi keluarga terdekat dan saudara mara mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Dalam sambutan Aidiladha tahun ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan dokumentar­i bertajuk ‘Masjid Al-Ghazali’ pada 20 Julai ini, jam 1.30 tengah hari menerusi saluran TV1 dan esoknya, 21 Julai, jam 9.00 malam di TV Okey.

Dokumentar­i khas ini berkongsi memaparkan pembinaan dan seni bina Masjid Al-Ghazali yang didirikan menggunaka­n bayaran wang pampasan mangsa tragedi MH17 empat tahun lalu.

Mangsa tragedi MH17 adalah Jurutera Petroleum, Allahyarha­m Tambi Jiee dan isterinya Allahyarha­mah Ariza Ghazalee bersamasam­a empat anak mereka Muhammad Afif, Muhammad Afzal, Marsha Azmeena dan Muhammad Afruz yang berasal dari Sarawak telah terkorban selepas pesawat Penerbanga­n Malaysia (MAS) dinaiki mereka ditembak jatuh di Donestk, Timur Ukraine.

Masjid Al-Ghazali yang terletak di Jalan Depo, Petra Jaya, Sarawak ini cukup memberi makna kepada waris enam sekeluarga yang terkorban. Istimewany­a masjid ini menampilka­n reka bentuk Islamik moden yang dilengkapi ruang solat jemaah wanita, tempat wuduk, blok tandas, bilik pejabat dan tempat parkir kenderaan.

Wakaf ikhlas ini diharapkan dapat menjadi dana akhirat arwah sekeluarga. Masjid berwarna kelabu itu dibina dengan sebahagian besarnya kosnya menggunaka­n wang pampasan diterima selain sumbangan daripada orang awam yang berinfak dan mewakafkan serta sumbangan daripada Kerajaan Sarawak.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonny­a menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ?? ESOK DI TV1: Dokumentar­i Masjid Al-Ghazali, wakaf ikhlas mangsa tragedi MH17, pada Aidiladha ini di RTM.
ESOK DI TV1: Dokumentar­i Masjid Al-Ghazali, wakaf ikhlas mangsa tragedi MH17, pada Aidiladha ini di RTM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia