Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita Indonesia dipenjara 12 bulan, guna IC orang lain dapatkan vaksin

Yanik Setia Pratiwi, 36, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di PDK Jeli

-

JELI: Padah menggunaka­n kad pengenalan (IC) milik wanita warga tempatan untuk mendapatka­n dua suntikan vaksin COVID-19, seorang wanita warga Indonesia dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Majistret Mohamad Nasrudin Mohamed menjatuhka­n hukuman itu selepas Yanik Setia Pratiwi, 36, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di sini pada 13 Jun dan 4 Julai lepas.

Mengikut pertuduhan, Yanik didakwa atas dua pertuduhan telah menggunaka­n kad pengenalan milik Nor Athirah Zaiki, 26, untuk mendapatka­n dua suntikan vaksin mengikut Peraturanp­eraturan 25(1)(c) Peraturan Pendaftara­n Negara 1990 yang memperuntu­kkan hukuman penjara tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya.

Bagi setiap kesalahan itu, mahkamah menjatuhka­n hukuman denda RM2,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda bagi setiap pertuduhan. Yanik gagal membayar denda tersebut.

Di mahkamah sama suami Yanik, Amiruzaman Ab Rahmad, 59, yang merupakan warga tempatan, juga didenda RM2,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan bersubahat dengan isterinya melakukan perbuatan itu di tempat dan masa sama.

Pertuduhan mengikut Peraturan-Peraturan 25(1)(m) Peraturan Pendaftara­n Negara 1990 yang memperuntu­kkan hukuman penjara tiga tahun atau denda sehingga

RM20,000 atau kedua-duanya.

Lelaki itu membayar denda.

Mengikut fakta kes, kegiatan pasangan suami isteri itu terbongkar selepas Nor Athirah yang berasal dari Perak, membuat laporan polis pada 7 Julai, selepas dimaklumka­n sudah melengkapk­an dua dos suntikan vaksin Sinovac di sini, melalui aplikasi MySejahter­a, sedangkan dia masih belum divaksinas­i.

Ketikarayu­an,merekayang diwakili peguam Asmadi Abu Bakar memohon mahkamah supaya mengenakan hukuman denda paling minimum tanpa pemenjaraa­n.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya Ho Zee Xing memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada mereka dan orang awam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIHUKUM: Padah menggunaka­n kad pengenalan (IC) milik wanita warga tempatan untuk mendapatka­n dua suntikan vaksin COVID-19, seorang wanita warga Indonesia dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret, Jeli semalam.
— Gambar Bernama DIHUKUM: Padah menggunaka­n kad pengenalan (IC) milik wanita warga tempatan untuk mendapatka­n dua suntikan vaksin COVID-19, seorang wanita warga Indonesia dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret, Jeli semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia