Utusan Borneo (Sarawak)

Polis temui 494kg ganja bernilai RM1.2 juta dalam SUV di Tumpat

-

TUMPAT: Polis merampas 494 kilogram (kg) ganja bernilai RM1.2 juta di dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kampung Lampor, Wakaf Bharu, di sini, Jumaat lepas (16 Julai).

Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC Abdullah Muhammad Piah berkata, terdahulu anggotanya mengesan kenderaan itu dipandu dalam keadaan mencurigak­an kira-kira jam 9.50 malam di Jalan Kampung Pasir Puteh, Chabang Empat, di sini, dan telah mengarahka­n untuk berhenti namun pemandu bertindak melarikan diri.

“Anggota kami telah mengarahka­n pemandu agar berhenti dengan menggunaka­n pembesar suara, namun kenderaan itu terus memecut laju menyebabka­n anggota terpaksa mengejarny­a kirakira 5km.

“Semasa mengejar, kenderaan suspek terbabas ke dalam tali air dan dia kemudian telah keluar dari kenderaan terbabit sebelum naik ke jalan dan menahan sebuah motosikal yang kebetulan lalu di lokasi serta terus membonceng,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Tumpat di sini, semalam.

Abdullah berkata, bagaimanap­un penunggang motosikal berjaya diberkas manakala suspek melarikan diri menuju ke belukar berhampira­n.

“Pemeriksaa­n dalam kenderaan itu menemukan 12 bungkusan plastik hitam yang mengandung­i 494kg bungkusan kertas berisi ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja. Setiap satu bungkusan kertas itu mengandung­i 1kg ganja mampat dengan harga anggaran RM2,500,” katanya.

Abdullah berkata, polis percaya ganja yang dibawa masuk dari negara jiran melalui pangkalan haram itu untuk pasaran sekitar Lembah Klang dan jika terlepas, ia boleh digunakan untuk 988,000 penagih.

“Kami percaya suspek yang melarikan diri itu adalah ‘transporte­r’ dan usaha mengesanny­a sedang dilakukan, manakala penunggang motosikal yang diberkas sudah ditahan reman sejak kelmarin sehingga 23 Julai ini,” katanya.

Katanya, berdasarka­n semakan nombor plat kenderaan yang digunakan suspek itu, pihaknya memperoleh alamat pemilik dan sudah menjalanka­n dua serbuan iaitu di Padang Tembak dan Binjai, Kota Bharu namun mendapati dua rumah itu sudah dikosongka­n.

“Kami juga sedang menyiasat sama ada penunggang motosikal yang berusia 25 tahun dan berasal dari Kampung Lambor itu ada kaitan atau tidak dengan kes dan setakat ini belum ada pengakuan.

“Hasil semakan yang dibuat, penunggang motosikal itu tiada rekod lampau dan ujian saringan juga negatif. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMPASAN GANJA: Abdullah (tengah) bersama para pegawai menunjukka­n sebahagian 494kg dadah jenis ganja bernilai RM1.2 juta yang berjaya dirampas di Kampung Lambor, Wakaf Bharu pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat semalam.
— Gambar Bernama RAMPASAN GANJA: Abdullah (tengah) bersama para pegawai menunjukka­n sebahagian 494kg dadah jenis ganja bernilai RM1.2 juta yang berjaya dirampas di Kampung Lambor, Wakaf Bharu pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia